Faizal Tahir

Faizal Tahir
Faizal semasa sesi raptai Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 18 Januari 2009.
Kelahiran
Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir

(1978-10-26) 26 Oktober 1978 (umur 45)
PendidikanDiploma Komunikasi Massa (Pengajian Media)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
  • komposer
  • penulis lirik
  • penerbit rakaman
  • pengacara
  • pelakon
Tahun aktif2004–kini
Karya
PasanganSiti Raihanim Noran (k. 2004)
Anak-anak7
IbuAllahyarhamah Muzlipah Aishah Pa'wan Teh
BapaAllahyarham Mohammad Tahir Abdul Rahman
SaudaraAnas Tahir (adik)
AnugerahSenarai penuh
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Ahmad Faizal Mohammad Tahir (lahir 26 Oktober 1978) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia.[1][2] Dikenali dengan julat vokal dan gaya nyanyiannya, karya muzik Faizal telah memperoleh pujian kritis kerana liriknya berkisarkan tentang kehidupan, realiti dan kemanusiaan. Beliau juga terkenal kerana bijak mengikut peredaran zaman di dalam industri muzik tanah air.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau memulakan kerjayanya bersama kumpulan nasyid Mirwana sebelum meneruskan kerjaya muzik secara solo. Beliau mula mendapat perhatian umum setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million pada tahun 2006. Beliau menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan merakamkan album studio pertamanya, Aku.Muzik.Kamu (2007) yang didahului oleh single pertamanya, "Mahakarya Cinta", lagu yang dirakamkannya semasa pertandingan akhir One in a Million musim pertama. Album ini telah terjual sebanyak 10,000 ribu unit dan melayakkan beliau memenangi Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Beliau seterusnya merakamkan 4 lagi album studio—Adrenalin (2010), Faizal Tahir (2013), Anatomi (2016) dan Rojak (2019).

Faizal juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama Faithful Music, yang ditubuhkan pada 2014, turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Beliau juga menjalankan gerakan amal bernama IAMFAITHMEN yang objektifnya ialah untuk menyokong dan menyebarkan positif dengan menghulurkan bantuan kepada insan yang kurang bernasib baik. Antara anugerah dan pencalonan yang diterimanya ialah Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu.

  1. ^ "Faizal Tahir dedah pernah lalui fasa 'hanyut' dan diri 'rock star'". Astro Awani. 7 September 2023. Dicapai pada 8 Oktober 2023.
  2. ^ Alif Fadli Mohd Sori (29 Januari 2023). "Saya tidak 'segila' dahulu, sekarang lebih tenang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Oktober 2023.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search