Faraj

Faraj Manusia
Pandangan hadapan skematik pada anatomi faraj wanita.
Lubang faraj dengan bulu ari-ari yang dibuang dan labia yang dipisahkan untuk menunjukkan pembukaan faraj:
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinVagina
MeSHD014621
TAA09.1.04.001
FMAFMA:19949
Terminologi anatomi

Faraj (Jawi: فرج), kuntum (bahasa halus[1]), puki atau pepek (bahasa kasar) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.

  1. ^ Anisah Barakbah (2017). "Alat Sulit/Kuntum/Faraj". Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. ISBN 9789671330593.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search