Feminisme

Feminisme

Subjenis
Ekofeminisme
Feminisme agama
Feminisme-anarki
Feminisme Cyborg
Feminisme faham pemisahan
Feminisme individualis
Feminisme Islam
Feminisme kebudayaan
Feminisme Kristian
Feminisme kulit hitam
Feminisme lesbian
Feminisme liberal
Feminisme Marxisme
Feminisme orang gemuk
Feminisem psikolanalisis
Feminisme radikal
Feminisme sosialis
Feminisme zaman pasca moden
Kawanitaan


Topik-topik
Antifeminisme
Profeminisme
Ekonomi feminisme
Feminisme seks-positif
Gerakan feminisme
Hak kewanitaan
Seksologi feminisme
Teori / Teori filem


Sejarah
Sejarah ahli feminisme
Sejarah feminisme
Sejarah wanita


Pengundian
Garis masa
Pejuang hak mengundi untuk wanita
Pengundian wanita
Amerika Syarikat
New Zealand
United Kingdom


Gelombang Feminisme
Gelombang pertama
Gelombang kedua
Gelombang ketiga


Mengikut negara
Amerika Latin
Amerika Syarikat
Indonesia
Iran
Nicaragua
Norway
United Kingdom


Senarai
Ahli gerakan kewanitaan
Kesusasteraan
Topik


Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh perempuan atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum perempuan; sesetengah mereka memperdebatkan bahawa identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.

Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama. Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan, penstereotaipan, pengobjekan seks, serta penindasan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad sokong feminisme.[1]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search