Frederick I, Maharaja Suci Rom

Maharaja Frederick Barbarossa
Sebuah patung hulu Maharaja Frederick I, diberi kepada ayahanda pembaptisan baginda, Count Otto dari Cappenberg pada tahun 1171. Ia digunakan sebagai sebuah relikuari di Biara Cappenberg dan dikatakan sebagai perbuatan anugerah dibuat "serupa dengan maharaja".
Maharaja Suci Rom
Pemerintahan2 Januari 1155 – 10 Jun 1190
Kemahkotaan18 Jun 1155, Rom
Didahului olehLothair III
Diikuti olehHenry VI
Raja Itali
Pemerintahan1155–1190
Kemahkotaans. 1155, Pavia
Didahului olehConrad III
Diikuti olehHenry VI
Raja Jerman
secara rasmi Raja Rom
Pemerintahan1152–1190
Kemahkotaan9 Mac 1152, Aachen
Didahului olehConrad III
Diikuti olehHenry VI
Raja Burgundy
Pemerintahan1152–1190
Kemahkotaan30 Jun 1178, Arles
Keputeraan1122
Kemangkatan10 Jun 1190 (berumur 67–68)
Sungai Saleph, Armenia Cilicia
PemakamanGereja St Peter, Antioch
Pasangan
Anakanda
more...
KerabatHohenstaufen
AyahandaFrederick II, Duke dari Swabia
BondaJudith dari Bavaria
AgamaRoman Katolik
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "1 = monarch "

Maharaja Frederick I (Jerman: Friedrich; 1122 – 10 Jun 1190), juga dikenali sebagai Maharaja Frederick Barbarossa, merupakan Maharaja Suci Rom sejak tahun 1155 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda dinobatkan Raja Jerman di Frankfurt pada 4 Mac 1152 dan ditabalkan di Aachen pada 9 Mac 1152. Baginda menjadi Raja Itali pada tahun 1155 dan dimahkotakan Maharaja Rom oleh Paus Adrian IV pada 18 Jun 1155. Dua tahun kemudian, istilah sacrum ("suci") pertama muncul dalam sebuah dokumen yang berkaitan dengan Empayar baginda.[1] Baginda kemudian secara rasmi dimahkotakan Raja Burgundy, di Arles pada 30 Jun 1178. Baginda dinamakan Barbarossa oleh bandar-bandar Itali utara yang baginda cuba takhluki: Barbarossa bermaksud "janggut merah" dalam bahasa Itali;[2] dalam bahasa Jerman, baginda juga dikenali sebagai Kaiser Rotbart, dengan makna yang sama.

Sebelum penobatan maharaja baginda, Maharaja Frederick mewarisi Duke dari Swabia (1147–1152, sebagai Frederick III). Baginda merupakan paduka anakanda putera kepada Duke Frederick II daripada dinasti Hohenstaufen dan Judith, paduka anakanda puteri kepada Henry IX, Duke dari Bavaria, daripada Dinasti Welf saingan. Oleh itu, Maharaja Frederick diwariskan daripada dua kerabat terkemuka di Jerman, menjadikan baginda pilihan yang dapat diterima sebagai putera pemilih Empayar.

Sejarawan menganggap baginda sebagai maharaja zaman pertengahan Empayar Suci Rom yang teragung. Baginda menggabungkan kualiti yang menjadikan baginda seakan-akan sangat luar biasa berbanding orang yang hidup sezaman dengan baginda: kepanjangan usia baginda, cita-cita baginda, kemahiran penyusunannya yang luar biasa, kebijaksanaan medan perang baginda dan kejelasan politik baginda. Antara sumbangan baginda kepada masyarakat dan budaya Eropah Tengah termasuk penubuhan semula Corpus Juris Civilis, ataupun undang-undang Rom hukum, yang mengimbang balas kuasa paus yang menguasai negeri-negeri Jerman semenjak pengikatan Tengkarah Penobatan.

  1. ^ Peter Moraw, Heiliges Reich, in: Lexikon des Mittelalters, Munich & Zurich: Artemis 1977–1999, vol. 4, pp. 2025–28.
  2. ^ Canduci (2010), m/s. 263

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search