Garisan Sartan

Peta dunia menunjukkan Garisan Sartan

Garisan Sartan (Jawi: ݢاريسن سرطان) ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke utara. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Jun di mana hemisfera utara Bumi paling condong ke arah Matahari.

Garisan Sartan letaknya 23° 26' di utara khatulistiwa; ia berlawanan sama jarak dari kutub dengan Garisan Jadi di sebelah selatan Bumi.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search