Gas rumah hijau

Gas rumah hijau adalah gas atmosfera yang menyerap dan memancarkan radiasi dalam lingkungan haba inframerah. Proses ini adalah penyebab utama kesan rumah hijau. Antara gas rumah hijau utama yang terdapat dalam atmosfera Bumi adalah wap air, karbon dioksida, metana, nitro oksida dan ozon. Tanpa gas rumah hijau, purata suhu permukaan Bumi barangkalinya boleh mencapai kira-kira −18 °C (0 °F),[1] berbanding dengan purata suhu kini iaitu 15 °C (59 °F).[2][3][4] Dalam Sistem Suria, atmosfera Zuhrah, Marikh dan Titan juga mengandungi gas yang menyebabkan kesan rumah hijau.

Kegiatan manusia sejak bermulanya Revolusi Industri (dikira dari tahun 1750) telah meningkatkan kepekatan atmosfera karbon dioksida sebanyak 40% dari 280 ppm di 1750 hingga 406 ppm pada awal tahun 2017.[5] Peningkatan ini telah berlaku meskipun sebahagian besar daripada pelepasan ini diserap oleh "penyimpan" semula jadi yang terlibat dalam kitaran karbon.[6][7] Pelepasan karbon dioksida (CO2) antropogen (yakni pengeluaran yang dihasilkan oleh kegiatan manusia) datangnya dari pembakaran bahan api fosil terutamanya arang batu, minyak dan gas asli bersama-sama juga dengan penebangan hutan, hakisan tanah dan aktiviti penternakan haiwan.[8]

Perkiraan terperinci menjangkakan seandainya pelepasan gas rumah hijau berterusan pada kadar yang tetap, suhu permukaan Bumi boleh melebihi nilai-nilai tertinggi sebelumnya dalam sejarah perakaman seawal tahun 2047 dengan kesan berpotensi membahayakan ekosistem, biodiversiti dan gaya hidup penduduk di seluruh dunia.[9] Anggaran terbaru mencadangkan bahawa trajektori pelepasan semasa boleh membawa Bumi melepasi ambang pemanasan global sebanyak 2 °C yang ditetapkan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai had mengelakkan pemanasan global "berbahaya" sebelum tahun 2036.[10]

  1. ^ "NASA GISS: Science Briefs: Greenhouse Gases: Refining the Role of Carbon Dioxide". www.giss.nasa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-03. Dicapai pada 2016-04-26.
  2. ^ Karl TR, Trenberth KE (2003). "Modern global climate change". Science. 302 (5651): 1719–23. Bibcode:2003Sci...302.1719K. doi:10.1126/science.1090228. PMID 14657489.
  3. ^ Le Treut H.; Somerville R.; Cubasch U.; Ding Y.; Mauritzen C.; Mokssit A.; Peterson T.; Prather M. (2007). Historical overview of climate change science. In: Climate change 2007: The physical science basis. Contribution of Working Group I to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (Solomon S., Qin D., Manning M., Chen Z., Marquis M., Averyt K. B., Tignor M. and Miller H. L., editors) (PDF). Cambridge University Press. Dicapai pada 14 December 2008.
  4. ^ "NASA Science Mission Directorate article on the water cycle". Nasascience.nasa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-17. Dicapai pada 2010-10-16.
  5. ^ "Trends in Atmospheric Carbon Dioxide".
  6. ^ "Frequently asked global change questions". Carbon Dioxide Information Analysis Center.
  7. ^ ESRL Web Team (14 January 2008). "Trends in carbon dioxide". Esrl.noaa.gov. Dicapai pada 2011-09-11.
  8. ^ "AR4 SYR Synthesis Report Summary for Policymakers – 2 Causes of change". ipcc.ch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 2017-08-28.
  9. ^ Mora, C (2013). "The projected timing of climate departure from recent variability". Nature. 502 (7470): 183–187. Bibcode:2013Natur.502..183M. doi:10.1038/nature12540. PMID 24108050.
  10. ^ Mann, Michael E. (2014-04-01). "Earth Will Cross the Climate Danger Threshold by 2036". Scientific American. Dicapai pada 30 August 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search