George Town, Pulau Pinang

George Town
Tanjung Penaga
Bandaraya Pulau Pinang
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiجورج تاءون
Mengikut arah jam dari atas: Garis ufuk George Town, Gereja St George, Menara Jam Peringatan Victoria, Rumah Agam Cheong Fatt Tze, bangunan tinggi di Persiaran Gurney, Eastern & Oriental Hotel
Mengikut arah jam dari atas: Garis ufuk George Town, Gereja St George, Menara Jam Peringatan Victoria, Rumah Agam Cheong Fatt Tze, bangunan tinggi di Persiaran Gurney, Eastern & Oriental Hotel
Bendera George Town
Mohor rasmi George Town
Nama panggilan: Mutiara Timur[1]
Map
Kedudukan George Town di Pulau Pinang
George Town, Pulau Pinang is located in Bumi
George Town, Pulau Pinang
George Town, Pulau Pinang (Bumi)
Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E / 5.414500; 100.3292000Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E / 5.414500; 100.3292000
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Kawasan pentadbiran
Ditubuhkan pada11 Ogos 1786
Diperbadankan pada1857
Tanah jajahan mahkota British1 April 1867 - 31 Ogos 1957
Pendudukan Jepun19 Disember 1941 - 3 September 1945
Status bandar diberikan pada1 Januari 1957[2]
Pentadbiran
 • Kerajaan TempatanMajlis Bandaraya Pulau Pinang
 • Datuk Bandar Pulau, Pulau PinangDato' Ir. Rajendran A/L P Anthony
Keluasan
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah122.79 km2 (47.41 batu persegi)
 • Metro
2,563.15 km2 (989.64 batu persegi)
Aras14 m (46 ft)
Penduduk
 (2010)[4]
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah708,127 (ke−2)
 • Metro
2,412,616 (2nd)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dipatuhi
Poskod
100xx hingga 108xx 111xx hingga 118xx
Kod kawasan+604
Pendaftaran kenderaanP
Laman sesawangmbpp.gov.my
JenisKebudayaan
Kriteriaii, iii, iv
Ditetapkan2008 (sesi ke-32)
No. rujukan
1223
RantauAsia Pasifik
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"

George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandar raya metropolitan terletak di timur laut negeri Pulau Pinang, Malaysia selain ibu negeri tersebut, bandar raya ini yang tertua di Malaysia selepas Melaka. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara seperti Bandaraya Melaka.

Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.

George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.

George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.

Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.

  1. ^ Mike Aquino (30 August 2012). "Exploring Georgetown, Penang". Asian Correspondent. Dicapai pada 1 January 2016.
  2. ^ Goh Ban Lee (19 May 2014). "The Penang Island City agenda". The Sun. Dicapai pada 25 January 2016.
  3. ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of George Town)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2015. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "The Penang Island City agenda". The Sun Daily. 19 May 2014.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-31. Dicapai pada 2017-04-24.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search