Goethes Faust

Faust adalah sebuah drama tragedi bahasa Jerman dikaryakan penulis Jerman, Johann Wolfgang von Goethe. Drama ini mengisahkan perjalanan seorang pujangga yang mendambakan pengetahuan tidak terhingga serta kesenangan duniawi sehingga rela membuat perjanjian menjual rohnya kepada Iblis. merupakan suatu pencerekaan sejarah berdasarkan Johann Georg Faust, seorang ahli alkimia dan ahli sihir zaman Pembaharuan yang penuh lagenda. Drama ini terbahagi kepada dua bahagian terdiri daripada:

  • Faust. / Eine Tragödie erster Teil ("Faust / Sebuah Tragedi", 1808)
  • Faust. / Der Tragödie zweiter Teil ("Faust / Tragedi bahagian kedua", 1832)

Drama ini dianggap banyak orang tidak sahaja sebagai mahakarya Goethe malah karya terhebat dalam sastera Jerman.[1]

  1. ^ Portor, Laura Spencer (1917). The Greatest Books in the World: Interpretative Studies. Chautauqua, NY: Chautauqua Press. m/s. 82.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search