Gula

Kristal gula halus

Gula (Jawi: ݢولا; pinjaman Sanskrit: गुल gula, guḍa[1][2]:maksud ke-3) atau sakar[3] (pinjaman Arab: سُكَّر‎, rumi: sukkar) ialah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan terutamanya sukrosa, laktosa, dan fruktosa[4] dicirikan oleh suatu rasa manis. Dalam konteks pemakanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif kepada sukrosa, yang utamanya datang dari gula tebu dan gula bit. Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik seperti glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll. Ia selalunya datang dalam bentuk ketulan kiub (yakni "gula buku" atau "gula potong")[5] atau pernah dahulu sebelum abad ke-19 timbunan keruncut (yakni "gula jantung" kerana pangkalnya yang berbentuk jantung[6]).

Ketulan gula buku atau gula potong
Setimbun gula jantung

Pada masa kini, Brazil mempunyai penghasilan gula per kapita paling banyak.[7] Manusia secara keseluruhannya mengambil berat 24 kg setiap tahun: warga di benua-benua Amerika Utara dan Selatan mengambil lebih 50 kg paling banyak manakala warga benua Afrika hanya mengambil bawah 20 kg gula.[8]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 368. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 73–74.
  2. ^ "gula". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 8 April 2020.
  3. ^ Lihat:
    • sakar. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
    • sakar. Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
  4. ^ "IUPAC Gold Book - sugars". Goldbook.iupac.org. 2009-09-07. Dicapai pada 2009-12-20.
  5. ^ "The journey of sugar". British Sugar. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2011. Dicapai pada 23 March 2012.
  6. ^ "Broodsuiker". Klinkert, H. C. (1885). Nieuw Nederlandsch-Maleisch Woordenboek. Leiden: Brill. m/s. 122. "Witte suiker in brood, goela djantoeng, omdat een suikerbrood hartvormig is."
  7. ^ International sugar statisticshttp://www.illovosugar.com/World_of_sugar/Sugar_Statistics/International.aspx
  8. ^ "OECD-FAO Agricultural Outlook 2020-2029" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Makanan dan Pertanian. 2019. Dicapai pada 15 Februari 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search