Gunung Bintang

Gunung Bintang
Titik tertinggi
Ketinggian1,862 m (6,109 ka)
Tonjolan1,570 meter (5,150 ka)
Geografi
LokasiDaerah-daerah Kulim dan Baling, Kedah
Daerah-daerah Hulu Perak dan Larut, Matang dan Selama, Perak
Induk banjaranBanjaran Bintang

Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, Malaysia. Tingginya 1,862 meter dari aras laut.[1] Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand sehingga ke Beruas, Perak, dan juga adalah kemuncak tertinggi banjaran ini.

Puncak Bintang juga menandakan titik pertemuan empat daerah, iaitu Kulim dan Baling di sebelah Kedah, dan Hulu Perak dan Larut, Matang dan Selama di sebelah Perak. Ini bermakna sekiranya pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di keempat-empat daerah tersebut pada suatu masa yang sama.[2]

  1. ^ Elephant ramble in Kedah's Gunung Bintang
  2. ^ "Puncak Gunung Bintang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-20. Dicapai pada 2017-08-07.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search