Haka

Gambaran haka yang dilakukan pahlawan-pahlawan Māori, bertarikh sekitar 1845.
Batalion Māori berhaka siaga sebelum perang di Mesir, tahun 1941

Haka ([ha.ka]) ialah suatu perilaku mengacah khas yang dilakukan orang Māori[1] dengan pergerakan yang rancak dan hentakan kaki yang kuat berirama panggilan khusus. Ia dahulunya dilakukan pahlawan-pahlawan lelaki sebelum berperang sesama puak, namun ia kini lebih dilakukan kedua-dua kaum lelaki dan wanita[2] untuk tujuan dan kegiatan lain[3][4] seperti menyambut tetamu (pōwhiri) atau majlis pengebumian.

Tarian ini lebih dikenali melalui pengamalannya oleh Pasukan ragbi kebangsaan New Zealand ("All Blacks") sejak 1905,[5] terutamanya pasukan peribumi (New Zealand Native) yang membuat penjelajahan mereka se-New Zealand serta ke Britain, Ireland, Australia antara tahun-tahun 1888 dan 1889. Tarian ini turut dipersembahkan secara kecilan di sekolah-sekolah di New Zealand, di mana ia dipanggil kapa haka;[6] persembahan sebegini sering diiringi nyanyian koir dan penggunaan alat (misalnya poi) atau senjata (taiaha misalnya) tertentu.

Mitologi Māori meletakkan haka sebagai sebuah tarian "tentang meraikan kehidupan".

  1. ^ Jackson & Hokowhitu 2002, m/s. 70.
  2. ^ Haka is also the plural form in Māori Diarkibkan 20 Julai 2011 di Wayback Machine
  3. ^ "Haka, Maori dance". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 26 April 2017.
  4. ^ Simon 2015.
  5. ^ Hunt 2015.
  6. ^ "Kapa haka in mainstream schools – Affirming Māori students as Māori". SchoolNews – New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Jun 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search