Hakka

Hakka
客家
Kawasan ramai penduduk
Nigeria Suriname China Malaysia Chad Hong Kong Taiwan Madagascar
Bahasa
Bahasa Hakka + bahasa-bahasa negara kediaman
Agama
Kebanyakannya menganut agama Buddha Mahayana, Konfusianisme, Taoisme, agama tradisional Cina. Populasi Kristian kecil tetapi penting.
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Cina Han yang lain, orang She
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui
Hakka
Bahasa Cina客家
Hakkahag2 ga24
Maksud harfiahkeluarga tetamu
Persatuan Hakka di Muar, Johor.

Orang Hakka ([hak-ka] Bahasa Mandarin: Kèjīa, 客家) ialah sebuah suku bangsa Han yang tertumpu di wilayah-wilayah Guangdong, Jiangxi, dan Fujian di China. Nenek moyang mereka sering dikatakan berasal dari China Utara atau China Tengah berabad-abad dahulu. Namun, asal-usul orang Hakka masih hangat diperdebatkan. Adalah dikatakan bahawa dalam beberapa gelombang penghijrahan, orang Hakka berpindah, menetap di tempat-tempat mereka berada sekarang di China selatan, dan kemudiannya berhijrah seberang laut ke negara-negara lain. Orang Hakka banyak berpengaruh sepanjang sejarah China dan orang Cina seberang laut: khususnya, mereka telah menjadi satu sumber pemimpin revolusi, politik dan ketenteraan, tidak memeranjatkan kerana suku Hakka ini banyak berjelajah di dalam dan luar China, serta memegang pandangan seluruh China dan bukannya pandangan setempat panglima-panglima setempat ketika Zaman Panglima Cina.

Orang Hakka paling banyak dijumpai di wilayah-wilayah selatan China, tetapi juga boleh didapati di wilayah-wilayah utara; contohnya terdapat rancangan berita televisyen yang dibaca dalam bahasa Hakka di Xi'an, Shaanxi. Kehadiran suku Hakka ada di merata negara China.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search