Harun Salim Bachik

Harun Salim Bachik
Harun sebagai Encik Harun di dalam filem KIL (2013).
Kelahiran
Haron Aminar Rashid bin Salim

(1959-05-19)19 Mei 1959
Meninggal dunia8 Mac 2015(2015-03-08) (umur 55)
Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak, Malaysia
Sebab kematianPenyakit asma
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi, pengarah, penerbit, pengacara
Tahun aktif1988–2015
PasanganMartinah Ahmad
Suriati Mohd Noor
Anak-anak3 (termasuk Danial Al-Rashid)
IbuHabsah Idris
BapaSalim Bachik

Haron Aminar Rashid bin Salim atau lebih dikenali sebagai Harun Salim Bachik (19 Mei 1959 – 8 Mac 2015) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Anak kepada seorang pelakon veteran era 50-an, Salim Bachik, beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai (1988–1993) yang ditayangkan di TV3. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom ini diingati sehigga kini. Pada tahun 2001 beliau mengejutkan industri lakonan apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi lakonan serius dalam drama Hangatnya Salju Dinginnya Bara.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search