Hatra

Reruntuhan Hatra pada Julai 2008.

Hatra (Arab: الحضر al-Ḥaḍr) merupakan kota kuno di Pentadbiran Ninawa dan kawasan al-Jazira, Iraq. Kota ini juga dikenal sebagai al-Hadr, nama yang pernah muncul dalam prasasti kuno yang ditemukan di wilayah Parsi kuno iaitu Khvarvaran. Kota ini terletak 290 km (180 bt) di sebelah barat laut Baghdad dan 110 km (68 bt) di sebelah barat daya Mosul.

Pada 7 Mac 2015, pelbagai sumber, termasuk pemerintah Iraq, melaporkan bahawa ISIS mula menghancurkan reruntuhan Hatra atas alasan tempatnya penuh dengan berhala.[1][2]

  1. ^ "Iraq: Isis militants pledge to destroy remaining archaeological treasures in Nimrud". The Independent.
  2. ^ "Isis destroy 7th-century Assyrian Artifacts - Al Jazeera America". aljazeera.com.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search