IMAX

Logo IMAX

IMAX ialah sebuah format filem wayang gambar dan piawaian tayangan panggung yang dicipta oleh IMAX Corporation. Aktiviti syarikat ini termasuk perekaan, penyewaan, pemasaran, penyelenggaraan dan operasi filem IMAX dan sistem pawagam digital.

IMAX mempunyai kemampuan merakam dan mempaparkan gambar dan beresolusi yang jauh lebih besar berbanding kebanyakan sistem filem biasa. Saiz sebuah skrin IMAX biasa adalah 22 m × 16.1 m (72 ka × 53 ka), namun ada yang lebih besar. Pawagam IMAX boleh dibahagikan kepada Classic Design (Rekaan Klasik) (struktur dibina khas untuk menempatkan pawagam IMAX) atau Multiplex Design (Rekaan Multipleks) (auditorium multipleks sedia ada yang diubahsuai dengan teknologi IMAX).[1] Skrin pawagam (dan skrin IMAX) terbesar di dunia terdapat di pawagam IMAX LG di Sydney, New South Wales. Tingginya kira-kira 8 tingkat dengan dimensi 35.73 m × 29.42 m (117.2 ka × 96.5 ka) dan luasnya lebih daripada 1,015 m2 (10,930 ka2).[2]

IMAX ialah sistem yang paling banyak digunakan untuk persembahan khas filem. Setakat September 2010, terdapat lebih daripada 445 pawagam IMAX di lebih 47 negara.[3] IMAX Corporation mengeluarkan empat jenis projektor yang boleh menayangkan format filem 70 mm/15 tebukannya: GT (Grand Theatre), GT 3D (dual rotor), SR (Small Rotor) dan MPX (multiplex).[4] Ia juga mengeluarkan sistem tayangan digital, yang tidak diberikan nama khas, untuk skrin pawagam tidak melebihi 21.3 m (70 ka). Semua projektor IMAX, kecuali sistem piawai GT, boleh menayangkan imej 3D.

Kebanyakan pawagam IMAX mempunyai flat, rectangular screens, tetapi pawagam IMAX Dome, yang dulunya berjenama OMNIMAX, menggunakan projektor GT dengan kanta mata ikan untuk mempaparkan gambar pada skrin kubah hemisfera condong. IMAX juga mempunyai teknik simulator khas yang menggunakan pergerakan/getaran tempat duduk pada titik tertentu dalam filem.

  1. ^ "IMAX". IMAX. Dicapai pada 2010-07-03.
  2. ^ "Visitor info". IMAX. Dicapai pada 2009-10-07.
  3. ^ "IMAX to open another 15 cinemas in China". Space Daily. 2010-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-10. Dicapai pada 2010-10-03.
  4. ^ "IMAX, The 15/70 Filmmaker's Manual" (PDF). IMAX Corporation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-12-29. Dicapai pada 2009-12-29.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search