IUPAC

IUPAC logo

Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) (bahasa Inggeris: International Union of Pure and Applied Chemistry) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menerajui bidang kimia sedunia. IUPAC merupakan ahli gabungan Majlis Sains Antarabangsa (ICSU)[1]. Ibu pejabat antarabangsa IUPAC terletak di Zurich, Switzerland manakala pejabat pentadbirannya yang juga dikenali sebagai seketrarit IUPAC terletak di Research Triangle Park, Carolina Utara, Amerika Syarikat. Pejabat pentadbirannya diketuai pengarah eksekutif IUPAC. [2]

IUPAC ditubuhkan pada 1919. Antara tugas utamanya adalah pemiawaian nama-nama unsur dan bahan kimia melalui tatanama IUPAC. Terbitan-terbitannya seperti "Kuantiti, Unit dan Simbol dalam Kimia Fizik" (Buku Hijau) menjadi rujukan ahli kimia di seluruh dunia.

  1. ^ IUPAC National Adhering Organizations
  2. ^ "IUPAC Council Agenda Book 2009" (PDF). IUPAC. 2009. Dicapai pada 2010-04-17.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search