Ibadat


Ibadat (juga Ibadah; Arab: عبادة) ialah pengabdian diri seorang hamba secara berterusan kepada Tuhan. Dari segi bahasa, ia bermaksud tunduk dan patuh kepada Allah SWT manakala dari segi istilah pula ialah bermaksud semua perkataan dan perbuatan yang zahir atau batin yang disukai dan diredhai Allah SWT.[1] Jelasnya, ibadat perlu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah akan diberikan ganjaran pahala.[1]

Secara keseluruhannya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya, sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Muhammad. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah.

Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan. [2] Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang dicintai dan diredhai Allah berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir maupun batin. [3]

  1. ^ a b Rujaluddin Bin Yahya; Nur Afidah Binti Abdullah; Wan Ali Akhbar Bin Wan Abdullah (2016). Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 (Kurikulum Standard Sekolah Menengah). Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 96.
  2. ^ Tafsîr at-Thabari, 1/160
  3. ^ Al-Hakami, Ma‘ârij al-Qabûl, 1/84

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search