Iban

Iban
Perempuan Iban memakai pakaian tradisional (Ngepan Iban) semasa perayaan Hari Gawai di Debak, Betong, Sarawak
Jumlah

penduduk

1,371,000 (900,065 di Sarawak sahaja)[1]
Rantau dengan penduduk penting Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor
Asal usul Batang Lupar atau Batang Ai, Sarawak, Malaysia [1][2][3]
Bahasa Iban
Agama Kepercayaan Nenek Moyang(Pengarap Lama), Kristian, Islam
Kelompok etnik terdekat Dayak Laut, Bidayuh, Melayu Sarawak-Kalimantan Barat, Orang Ulu, Balau, Mualang, Remun, Seberuang, Sebuyau, Kendayan, Keninjal, Dayak Malayik & Urak Lawoi

Iban adalah kaum Peribumi asli (Orang Asal tertua) yang tinggal di pulau Borneo. Mereka boleh dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban Merotai) dan Johor

Hasil mtDNA ke atas Iban didapati, Iban mempunyai kadar Hapgroup Z 11% tertinggi di Asia Selatan. mtDNA Iban adalah M* (16) iaitu ras purba yang dikaitkan dengan migrasi terawal ke Asia zaman purba 50,000 tahun dari Afrika. (Simonson 2011). Kajian ke atas "Deep Skull" di Gua Niah berusia 40,000 tahun didapati mempunyai persamaan dengan Iban. [4]

Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau etnik austronesia amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Austronesia di Kerajaan Panggau Libau di Tampun Juah, Iban mempunyai sejarah tertua dan paling panjang di Borneo. Namun begitu dalam pola migrasi modern, Iban dipercayai berhijrah dari Kapuas sejak kurun ke Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda Iban disebut dengan nama Sea Dayak kerana kehadiran dalam aktiviti pemburuan/ngayau di lautan China Selatan.

Iban terdiri dari pelbagai suku atau puak. Salah satu puak Iban yang bukan berasal dari Kapuas adalah Iban Batang Lupar yang dulu dikenal sebagai Dayak Batang Lupar yang mana orang asal di kawasan itu sejak zaman berzaman. Nama Sungai Batang Lupar berasal dari nama suku Batang Lupar.

Panggilan "Dayak" Adalah gelaran yang digunakan oleh pengembara eropah terhadap bangsa yg mendiami kepulauan Borneo kerana pada waktu itu sulit untuk mereka membezakan bangsa-bangsa yang terdapat di kepulauan borneo kerana kemiripan dan persamaan adat, kepercayaan dan rupa paras. Panggilan "Sea Dayak" kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 hingga ke 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat didalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai "Vikings of Eastern Sea " dan "King of Sea Borneo".

Sekarang (bancian 2023) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 878,065 iaitu 30.2% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina dan India. Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah di Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan 2 bahagian di Sabah (Pedalaman dan Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di 4 kabupaten iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 9 bahagian iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah di utara Borneo serta Johor dan Selangor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.

Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Islam dan Kristian sebagai pegangan hidup,tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

  1. ^ "Early Iban Migration – Part 1". 26 March 2007.
  2. ^ Simonson, T. S.; Xing, J.; Barrett, R.; Jerah, E.; Loa, P.; Zhang, Y.; Watkins, W. S.; Witherspoon, D. J.; Huff, C. D.; Woodward, S.; Mowry, B.; Jorde, L. B. (8 April 2023). "Ancestry of the Iban Is Predominantly Southeast Asian: Genetic Evidence from Autosomal, Mitochondrial, and Y Chromosomes". PLOS ONE. 6 (1): e16338. doi:10.1371/journal.pone.0016338. PMC 3031551. PMID 21305013.
  3. ^ "Ngepan Batang Ai (Iban Women Traditional Attire)" (PDF). 8 April 2023.
  4. ^ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3031551/ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3031551/

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search