Ikatan Muslimin Malaysia

Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA)
Logo rasmi ISMA
Ibu pejabatNo 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pb 1a, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Penubuhan
AsalMalaysia
Dahulu dikenaliIkatan Siswazah Muslim Malaysia
Identiti
Orang pentingUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat (Presiden)
Kawasan berkhidmatMalaysia
FokusTarbiyyah
MatlamatMembina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi
Ahli50,000
MotoMembangun Umat Beragenda;
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Laman sesawanghttps://isma.org.my/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ikatan Muslimin Malaysia (disingkatkan kepada ISMA, Jawi: ايکتن مسلمين مليسيا, Arab: جمعية الاتحاد الإسلامي الماليزي) ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berfahaman ultrakonservatif[1][2] dan Islamis[3]. Ia ditubuhkan pada 7 Julai 1997 di bawah nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia[4] sebelum kemudian menukar namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005.

Badan berwibawa ini sangat lantang menentang sebarang usaha yang dilihat menyebarkan "unsur-unsur liberalisme, keberadaan mazhab Syiah serta Kristianisasi" di negara tersebut.[5]

Organisasi ini mempunyai 45 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara. Ia mempunyai pertalian dengan parti politik Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia melalui keanggotaan banyak ahlinya sebagai calon parti tersebut[6][7] serta pertubuhan amal Aman Palestin ditubuhkan bekas presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai presiden dari 2004 hingga 2008.[8]

  1. ^ Aeria, Andrew; Tan, Seng Keat (2014). "A Long and Winding Road to Democracy: The 2013 Asian Democracy Index for Malaysia" (PDF). Asian Democracy Review. 3: 49–64.
  2. ^ Shazwan Mustafa Kamal (16 May 2014). "In Isma, a portrait of political Islam driven by urban middle-class professionals |" (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. Dicapai pada 21 August 2018.
  3. ^ Ahmad Fauzi Abdul Hamid; Che Hamdan Che Mohd Razali (2016). Middle Eastern influences on Islamist organizations in Malaysia: the cases of ISMA, IRF and HTM (dalam bahasa Inggeris). Institut ISEAS–Yusof Ishak. ISBN 978-981-4695-92-3. OCLC 1096436460.
  4. ^ http://www.ismaeropah.com/profil/pengenalan/
  5. ^ Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti. Utusan Malaysia. Accessed 27 March 2012.
  6. ^ Manimaran, G. (17 February 2013). "Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa". Sinar Harian. Dicapai pada 10 May 2014.
  7. ^ "Calon Isma bakal tanding PRU 13 atas tiket Berjasa". Astro Awani. February 17, 2013.
  8. ^ "Akaun Aman Palestin beku, didakwa salah guna derma lebih RM15 juta". Malaysiakini. 2023-11-23. Dicapai pada 2023-11-27.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search