Indeks harga pengguna

Indeks harga pengguna atau IHP (bahasa Inggeris: consumer price index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang pada tahun semasa.

IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP:

Bakul barangan dan perkhidmatan Wajaran (2005)
Makanan dan Minuman Bukan Alkohol 31.4
Minuman Alkohol dan Tembakau 1.9
Pakaian dan Kasut 3.1
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain 21.4
Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah 4.3
Kesihatan 1.4
Pengangkutan 15.9
Komunikasi 5.1
Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan 4.6
Pendidikan 1.9
Restoran dan Hotel 3.0
Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan 6.0
Jumlah 100

Nota: Wajaran di atas bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search