Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa

Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (atau ISTAC) ialah sebuah institusi penyelidikan mandiri[1] dan pascasiswazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dengan tiga pilihan tumpuan: Pemikiran Islam, Sains Islam dan Peradaban Islam.[2]

Didirikan pada 27 Februari 1987 dan dibuka secara rasmi pada 4 Oktober 1991 oleh Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad,[3] Berikutan krisis politik Malaysia pada akhir 1998 yang memberi kesan kepada pendidikan, ISTAC perlahan-lahan mengalami rombakan secara perlembagaan dan pengelolaan, setelah diambil alih oleh UIAM.[4]

Sejak penamatan kontrak Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai Pengarah pada 2002,[5] ISTAC telah berkali-kali berganti dekan, berubah-ubah nama serta kurikulumnya. Malah, ia pernah ditutup secara rasmi. Menjelang akhir 2015 ISTAC telah ditutup dan diganti namanya menjadi Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun atau ISLAH.[6]

Setelah dibuka kembali, pada 27 Oktober 2017 ISTAC diganti namanya menjadi Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu[7] Nama ISTAC terus diguna pakai dengan visi dan misi yang berbeza dari asal.[8]

  1. ^ "International Institute of Islamic Thought and Civilization | Yearbook Profile | Union of International Associations". uia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-16.
  2. ^ Abaza, Mona (1999). "Intellectuals, Power and Islam in Malaysia : S.N. al-Attas or the Beacon on the Crest of a Hill". Archipel (dalam bahasa Perancis). 58 (3): 189–217. doi:10.3406/arch.1999.3541. ISSN 0044-8613.
  3. ^ "Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif". www.pmo.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-17. Dicapai pada 2018-06-17.
  4. ^ "Tapak Istac jadi kampus UIAM Kuala Lumpur". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-17. Dicapai pada 2018-06-16.
  5. ^ "Kerajaan digesa hidupkan semula Istac". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-17.
  6. ^ "Ibn Khaldun International Institute of Advanced Research". Wikipedia (dalam bahasa Inggeris). 2018-06-05.
  7. ^ "ISTAC Hab Rujukan Pengajian Dunia Melayu dan Tamadun Islam". Malaysiaaktif (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-17. Dicapai pada 2018-06-16.
  8. ^ Zakariya, Hafiz; Yadi, Suryadi (2017-12-27). "THE EXPERIENCES OF THE INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC CIVILISATION & MALAY WORLD (ISTAC), INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA IN EMPOWERING THE MALAY WORLD & ISLAMIC CIVILISATION". Heritage of Nusantara: International Journal of Religious Literature and Heritage (dalam bahasa Inggeris). 6 (2): 221–236. doi:10.31291/hn.v6i2.444. ISSN 2442-9031. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 2021-04-15.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search