Secara amnya, Internet (Jawi: اينترنيت; singkatan ungkapan Inggeris inter-network) ialah suatu rangkaian komputer besar yang saling berhubung menerusi beberapa rangkaian kecil setempat.[1] Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. 80% daripada maklumat di internet adalah dalam bahasa Inggeris dan hanya 20% daripada keseluruhan adalah bahasa lainnya.
Nama Internet muncul dalam manual radio sediaan Jabatan Perang Amerika Syarikat tahun 1945,[2] ia turut ditakrif lakuran Internetwork atau "antarangkaian" dalam dokumen RFC 675 tahun 1974[3] Pengungkapan ini ada duluan dari kata sifat internetted seawal 1849 yang bererti "saling terkait" (interwoven) mengias kepada kerja mengait jala (net);[4] – ia pernah dipinjam terjemah di India dalam bahasa Hindi diakar Sangsakerta sebagai अन्तर्जाल antarjāla.[5]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search