Interpol

INTERPOL
{{{logocaption}}}
Nama biasaInterpol
SingkatanICPO-INTERPOL
MotoConnecting police for a safer world (Menghubungkan polis untuk dunia yang lebih selamat)
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan1923 (1923)
Pekerja756 (2013)[1]
Bajet tahunan€78 juta(2013)
€113 juta(2017)
Struktur bidang kuasa
Agensi antarabangsa
Negara194 negara anggota
Peta bidang kuasa INTERPOL
Badan pentadbirINTERPOL General Assembly
Pembentukan dasar
  • ICPO-INTERPOL Constitution and General Regulations[2][3]
Struktur operasi
Ibu pejabatLyon, Perancis
Eksekutif agensi
Kemudahan
Biro Pusat Kebangsaan (National Central Bureau)181 buah
Laman web
http://www.interpol.int/

Interpol [in-tĕr-pol] (singkatan International Criminal Police Organization - "Pertubuhan/Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa") ialah badan antara pemerintah ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama di antara pihak-pihak berkuasa polis seluruh dunia dan untuk membangunkan cara berkesan menentang jenayah. Ia diasaskan di Vienna pada tahun 1923 dan disusun semula pada tahun 1923.

Ia merupakan badan bukan politik di mana ia dilarang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti bersifat keagamaan, perkauman atau ketenteraan. Kebanyakan negara seluruh dunia menganggotai Interpol dan hanya badan polis yang diluluskan pemerintahan di negara-negara anggota ini boleh menganggotainya. Suatu perhimpunan agung yang menghimpunkan pihak-pihak berkuasa ini diadakan setiap tahun untuk memutuskan dasar dan memilih jawatankuasa eksekutif. Sekretiat Interpol berpusat di Lyon, Perancis yang juga merupakan ibu pejabat tetapnya. Interpol menyelaras aktiviti anggotanya, menyimpan rekod jenayah antarabangsa, dan menganjurkan perjumpaan di mana mereka bertukar-tukar maklumat. Interpol dibiaya oleh negara anggota.

Untuk mengekalkan keneutralan politiknya, perlembagaan Interpol melarang penglibatan badan ini dalam jenayah yang tidak bertindan dengan beberapa negara anggota dan jenayah politik, ketenteraan, keagamaan atau perkauman. Interpol hanya menumpukan kepada keselamatan orang awam, keganasan, jenayah terancang, jenayah ke atas kemanusiaan, genosid, jenayah perang, pelanunan, pengeluaran dadah haram, penyeludupan dadah, penyeludupan senjata, pemerdagangan manusia, wang haram, pornografi kanak-kanak, jenayah kolar putih, jenayah komputer, jenayah harta intelek dan korupsi.

  1. ^ "Annual Report 2013" (PDF). Interpol. 2014. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Mac 2017. Dicapai pada 31 March 2017.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Constitution2008
  3. ^ "General Regulations of the International Criminal Police Organization" (PDF). Interpol, Office of Legal Affairs. 1956. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 February 2016. Dicapai pada 12 March 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search