Ipoh

Ipoh
Bandaraya Ipoh
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Jalan Tun Sambanthan di Bandar Lama, Stesen Keretapi Ipoh, Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Institusi Saint Michael, Perak Tong
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Jalan Tun Sambanthan di Bandar Lama, Stesen Keretapi Ipoh, Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Institusi Saint Michael, Perak Tong
Bendera Ipoh
Mohor rasmi Ipoh
Nama panggilan: Bandaraya Bunga Kertas
Cogan kata: Bersih, Hijau dan Maju
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahKinta
DitubuhkanSekitar 1880
Pengisytiharan sebagai Bandaraya27 Mei 1988
Pentadbiran
 • Datuk BandarDato' Rumaizi Baharin
Keluasan
 • Jumlah643 km2 (248.268 batu persegi)
Aras
21.95 m (72 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah710,798[1]
 • Kepadatan1,002.80/km2 (2,597.20/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Musim Panas dan Hujan
Laman sesawangMajlis Bandaraya Ipoh
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"

Ipoh adalah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta di negeri Perak, Malaysia dan merupakan ibu negeri bagi negeri tersebut. Bandar raya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandar raya keempat terbesar di Malaysia dari segi populasi.

Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato' Zamri. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia, terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "ipuh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

Keretapi tren ETS Malaysia dari Kuala Lumpur adalah sampai di Stesen Ipoh terlebih dahulu. Stesen keretapi Ipoh juga merupakan stesen keretapi bersejarah di Malaysia. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah mengambil masa kurang daripada 2 jam sahaja untuk sampai ke destinasi menggunakan keretapi berkelajuan tinggi yang boleh mencapai 140–160 km/j ini.

Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon bertaraf dunia juga adalah berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search