Ismail Sabri Yaakob


Ismail Sabri Yaakob

SSAP (Pahang); DUNM (Melaka); SPDK (Sabah); DP (Sarawak); DGSM (Melaka); DIMP (Pahang); DMSM (Melaka); ADK (Sabah)
اسماعيل صبري يعقوب
Ismail Sabri pada 2022
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-9
Dalam jawatan
21 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
(Sementara : 10 Oktober 2022 – 24 November 2022)
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
TimbalanTidak ada
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P90 Bera, Pahang
Memegang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti4,982 (2004)
4,313 (2008)
2,143 (2013)
2,311 (2018)
16,695 (2022)
Naib Presiden UMNO
(Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 20 Disember 2018-30 Jun 2019)
Dalam jawatan
30 Jun 2018 – 18 Mac 2023
Berkhidmat dengan
Mahdzir Khalid
Mohamed Khaled Nordin
PresidenDato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Didahului olehDato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Dato Sri Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal
Digantikan olehWan Rosdy Wan Ismail
Johari Abdul Ghani
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13
Dalam jawatan
7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021
Menteri Kanan
Kluster Keselamatan
Dalam jawatan
2020–2021
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
2020–2021
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
2019–2020
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
2015–2018
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
2013–2015
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
2009–2013
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2008–2009
Butiran peribadi
LahirIsmail Sabri bin Yaakob
(1960-01-18) 18 Januari 1960 (umur 64)
Temerloh, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO (1980-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1980-kini)
Muafakat Nasional (2020-2021)
Perikatan Nasional (2020-2021)
PasanganMuhaini Zainal Abidin (k. 1986)
Anak-anak4 (termasuk Gadaffi)
IbuWan Jah Wan Mamat
BapaYaakob Abdul Rahman
Hubungan
  • Kamaruzaman Yaakob (abang)
  • Zamri Yaakob (abang)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
GajiRM40,122.05 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]
Tandatangan

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Jawi: اسماعيل صبري بن يعقوب; lahir 18 Januari 1960) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-9 dari Ogos 2021 hingga November 2022. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO dari 2018 hingga 2023. Pelantikan beliau pada Ogos 2021 merupakan salah satu detik bersejarah apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama lahir selepas kemerdekaan tahun 1957 dan bekas Ketua Pembangkang pertama dilantik ke jawatan tersebut. Beliau dahulu juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kanan Keselamatan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-8, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu pandemik COVID-19 serta sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Beliau merupakan Ketua Pembangkang ke-15 dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Mac 2019 hingga kejatuhannya pada Februari 2020 di tengah-tengah krisis politik Malaysia 2020. Dalam kerajaan PN, beliau dilantik sebagai Menteri Kanan yang menjaga Keselamatan dari Mac 2020 hingga kenaikan pangkatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2021, di mana beliau menonjol dalam respons negara terhadap pandemik COVID-19. Beliau mengetuai puak partinya (UMNO) yang terus menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun 2021, apabila parti itu menarik balik sokongannya terhadap pengendalian kerajaan terhadap wabak itu. Selepas ini memuncak dengan kejatuhan kerajaan dan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin, beliau berjaya memasuki rundingan untuk menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021 selepas mendapat sokongan majoriti tipis ahli Parlimen.

Ismail Sabri telah mengundang kontroversi kerana komennya yang menyokong hak ketuanan Melayu di Malaysia. Pada 10 Oktober 2022, Ismail Sabri Telah Mengumumkan Parlimen Ke 14 Dibubarkan Mulai 10 Oktober 2022 Untuk Memberi Laluan Kepada PRU15 Setelah Mendapat Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Pada 2 Januari 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam kontrak berkaitan dengan promosi konsep "Keluarga Malaysia" yang diperkenalkan oleh Ismail Sabri pada Ogos 2021.[2]

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sprm

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search