Istana Negara | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Struktur seni bina |
Gaya seni bina | Indische |
Lokasi | Jalan Veteran, no. 17, Jakarta Pusat, Indonesia |
Negara | Indonesia |
Koordinat | 6°10′4.73″S 106°49′26.04″E |
Pembinaan bermula | 1796 |
Pemilik | Pemerintah Indonesia |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Negara merupakan suatu kediaman besar terletak di Jalan Veteran, Jakarta Pusat. Istana Negara juga terletak satu kompleks dengan Istana Merdeka yang letaknya di bahagian selatan Istana ini. Dengan total luas keseluruhannya mencapai 68,000 m², kompleks ini meliputi 3 bangunan penting lainnya seperti Bina Graha, Wisma Negara, dan kantor Kementerian Sekretariat Negara Republik Indonesia. Yang menjadi perbedaan antara kedua Istana ini iaitu Istana Negara menghadap ke arah Jalan Veteran, sedangkan Istana Merdeka menghadap ke arah Medan Merdeka.[1]
Bangunan ini menjadi tempat pelangsungan acara-acara yang bersifat kenegaraan antara lain seperti pelantikan para penjawat (atau pejabat) tinggi negara, pembukaan musyawarah dan rapat kerja nasional, kongres bersifat kebangsaan dan antarabangsa, serta jamuan bersifat kenegaraan.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search