Istanbul

Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

Istanbul
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Kedudukan di Turki
Gambaran Keseluruhan
Wilayah Wilayah Marmara, Turki
Wilayah Wilayah Istanbul
Jumlah penduduk 12,428,380 [1] (2019)
Keluasan 5,764 km²
Kepadatan penduduk 6,521 orang/km²
Ketinggian 100 m
Koordinat 41.01°′ U 28.98°′ T
Kod pos 34010 - 34850 dan
80000 - 81800
Kod kawasan (+90) 212 (bahagian Eropah)
(+90) 216 (bahagian Asia)
Plat nombor Turki 34
Datuk Bandar Kadir Topbaş (Parti Keadilan dan Pembangunan)
Laman sesawang Kawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul
Gabenor Muammer Güler
Laman sesawang Gabenor Portal Istanbul

Istanbul (B. Turki: İstanbul, bentuk Uthmaniyah استانبول; Yunani: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis; juga dalam bahasa Melayu lama: Setambul, Jawi: ستمبول)[2] ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi negara Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Tanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.

Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:

  1. Empayar Rom (330-395);
  2. Empayar Rom Timur (395-1453); dan
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).

Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.

Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).

  1. ^ "World Gazetteer - Istanbul". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-30. Dicapai pada 2013-06-30.
  2. ^ "Setambul". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search