Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III
Penuntut
Lahir(1938-07-16)16 Julai 1938
Maimbung, Sulu, Komanwel Filipina
Meninggal20 Oktober 2013(2013-10-20) (umur 75)
Quezon City, Philippines
Nama DiRaja dituntutSultan Jamalul Kiram III of Sulu
GelaranSultan Sulu
Takhta dituntutKesultanan Sulu
Tuntutan dari15 Jun 1986 – 20 Oktober 2013
DiRaja Dihapuskan1915
Pemerintah terakhirJamalul Kiram II
Hubungan denganAyah
Rumah Di RajaRumah Diraja Kesultanan Sulu
BapaDatu Punjungan Kiram
IbuSharif Usna Dalus Strattan
AnakJacel Kiram
SebelumAguimuddin Abirin dan Mohammad Akijal Atti
PenggantiIsmael Kiram II

Jamalul D. Kiram III (lahir pada 16 Julai 1938 di Maimbung, Sulu; memerintah 1974 - 1981, 2012 - 2013; meninggal 20 Oktober 2013[1] di Bandar Quezon, Filipina) adalah salah seorang penuntut takhta Kesultanan Sulu di Sulu, selatan Filipina ketika era Marcos. Beliau juga merupakan seorang calon bagi senator dalam Pilihan Raya Filipina 2007.[2] Dengan persaraan beliau, hak pewarisan kesultanan telah dipertikaikan di kalangan waris seperti Mohammad Akijal Atti. Pertikaian mengenai hak pewarisan berakhir pada November 11, 2012 apabila semua pihak yang menuntut dari keluarga Kiram bertemu bersama-sama di Sulu, menamatkan persengketaan panjang sedekad mereka. Selepas mesyuarat keluarga, Jamalul Kiram III sekali lagi menjadi de facto sultan bersama Ismael Kiram II. Beliau juga mengisytiharkan Rajah Mudah Agbimuddin Kiram sebagai "putera mahkota".[3]

Pada Februari 2013, sekumpulan pengikutnya yang diketuai adik beliau Agbimuddin Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

  1. ^ "Sulu Sultan Kiram passes away". ABS-CBN News. 10/20/2013. Dicapai pada 24 Oktober 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "CV of Jamalul D. Kiram III". INQUIRER.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-06. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  3. ^ Dela cruz, Arlyn. "Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own". Inquirer. Dicapai pada 16 Februari 2013.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search