Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Nama rasmi Jambatan Pulau Pinang
Nama Inggeris Penang Bridge
Tempat Jambatan Pulau Pinang
Membawa Kenderaan bermotor
Menyeberangi Selat Selatan, Malaysia
Bidang terpanjang 225 m
Panjang jambatan 13.5 km
Lebar jambatan --
Tarikh dibuka 1985
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad
Penang Bridge Sdn Bhd
Reka bentuk Jambatan kabel penahan
Jambatan galang kotak
Pereka/pelanggan Kerajaan Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
United Engineers Malaysia Berhad (UEM)
Kontraktor/pembinaan Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd
United Engineers Malaysia Berhad (UEM)
Lebuhraya E36
Jambatan Pulau Pinang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB)
Panjang13.5 km (8.4 mi)
Wujud1982–kini
SejarahDisiapkan pada 14 September 1985
Simpang utama
Hujung timurPerai
Persimpangan utamaE1 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
Jalan Perusahan Perai
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Hujung baratGelugor
Lokasi
Destinasi
utama
Gelugor, Bayan Lepas, Bayan Baru, Jelutong, George Town, Perai, Butterworth, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Sungai Dua, Bukit Tengah
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jambatan Pulau Pinang E36 merupakan jambatan yang KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search