Jantan

Perisai dan lembing dewa Romawi Marikh sering digunakan untuk melambangkan jantina lelaki dan sifat jantan.

Jantan (Jawi: جنتن) ialah jantina sesuatu ataupun sebahagian organisma yang menghasilkan sperma yakni gamet yang lebih kecil dalam sistem pembiakan heterogami dan biasanya bergerak dan berupaya mensenyawakan ovum, iaitu gamet betina. Jantan tidak boleh membiak secara seks tanpa gamet betina yang berlawanan.

Tidak terdapatnya satu mekanisme genetik yang tunggal di belakang perbezaan-perbezaan antara jantina. Kewujudannya dua jantina mungkin merupakan hasil perkembangan berbilang yang berasingan dalam keturunan-keturunan evolusi yang berbeza-beza. Selain daripada perbezaan utama dari segi jenis gamet yang dihasilkan, perbezaan antara jantan dan betina dalam sesuatu keturunan sentiasanya tidak dapat diramalkan daripada perbezaan-perbezaan dalam keturunan yang lain.

Konsep dimorfisme jantan/betina antara individu ataupun organ pembiakan tidak dihadkan kepada haiwan sahaja; sel telur juga dihasilkan oleh kitrid, diatom, dan tumbuhan darat, antara lain. Dalam tumbuhan darat, istilah "betina" dan "jantan" merujuk bukan sahaja kepada organisma dan struktur yang menghasilkan telur dan sperma, tetapi juga struktur sporofit yang menghasilkan tumbuhan jantan dan betina.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search