Jata Malaysia

Jata Malaysia
جات مليسيا
Butiran
JenisJata negara
Nama alternatifJata Negara Malaysia
Pemegang/
pembawa
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Diterima pakai1963 (1963)
GencanaBulan sabit dan bintang persekutuan berbucu empat belas yang berwarna kuning
JabaranDibahagikan kepada empat bahagian utama: Bahagian atas dengan lima bilah keris kuning dan latar berwarna merah; bahagian kiri dengan pokok pinang dan Jambatan Pulau Pinang; bahagian tengah dengan latar berwarna merah, hitam, putih dan kuning; bahagian kanan dengan pokok Melaka; serta bahagian bawah dengan jata negeri Sabah, bunga raya dan jata negeri Sarawak
Penopang/
penyokong
Dua ekor harimau dengan wajah yang berang
WarnaHitam (sable) pada garis tepi jata
Cogan kataBersekutu Bertambah Mutu (dalam tulisan Rumi dan Jawi)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (Jawi: جات نڬارا) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara). Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti bunga raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.

Maksud bagi bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia) iaitu Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim, Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Perak Darul Ridzuan, Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor Darul Ehsan serta Terengganu Darul Iman dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok melaka yang menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat terdahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri Pahang; merah dan kuning adalah warna bagi negeri Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri Sabah manakala di sebelah kanan bawah itu pula ialah negeri Sarawak. Di tengah-tengahnya pula ialah Bunga Raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Dua ekor Harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu pula adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaitu Harimau Malaya dan merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia. Harimau itu juga merupakan simbol keberanian. Slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" pada sebelah kiri itu ditulis dalam tulisan Rumi manakala disebelah kanan pula ditulis menggunakan tulisan Jawi. Warna kuning pada awan-awan itu melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search