Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau lebih dikenali dengan PAC (singkatan bagi "Public Accounts Committee") ialah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia.

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada 12 orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini kini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search