Jesus Christ

Untuk melihat Yesus Kristus menurut pandangan Islam, sila ke halaman Nabi Isa a.s.
Jesus Kristus
"Figure of Christ" lukisan Yesus Kristus, yang dicipta oleh pelukis Jerman Heinrich Hofmann pada tahun 1880-an.
Kelahiran25 Disember (masih diragui) kira-kira 4 atau 6 sebelum masihi
Hilang padaantara tahun ke-30 ke 33 Masihi
Taman Gethsemane, Jerusalem
Meninggal dunia30-33M
Yerusalem, Empayar Rom (Sekarang Bumi Palestin)
Sebab kematianPenyaliban
Nama lainIsa Ibni Maryam
Kampung asalNazaret, Galilea[2]
Ibu bapa
Dalam mozek abad ke-6 di Ravenna, Yesus digambarkan sebagai paderi dan raja Yunani-Rom – Pantokrator ditabalkan yang memakai pakaian diraja berwarna tirian ungu, dan membuat gerak isyarat salib.
Nama Jesus (Isa) dalam kaligrafi Arab

Jesus[3] atau dieja Yesus[4][b] (kira-kira 4SM - 30/33TM), juga dirujuk sebagai Jesus dari Nazaret atau Jesus Kristus[4][c] merupakan seorang pendakwah untuk kaum Yahudi.[5] Baginda merupakan tokoh utama agama Kristian, agama terbesar di dunia dan juga dihormati oleh agama kedua di dunia iaitu Islam. Kebanyakan orang Kristian percaya baginda ialah jelmaan Tuhan Anak dan Mesias yang dinantikan (Kristus) sebagaimana yang diramalkan dalam Perjanjian Lama.[6][7] Manakala masyarakat Islam pula menganggap baginda sebagai utusan tuhan (Nabi) yang diwahyukan oleh Allah kepada kaum Yahudi.

Kewujudan watak bernama Yesus dipersetujui hampir kesemua cendekiawan sejarah manusia. Sejarah dan penceritaan kehidupan Yesus terkandung dalam buku-buku injil, terutamanya empat buah Injil menurut kanun gereja dalam Perjanjian Baru kitab suci Kristian, iaitu Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Cendekiawan dalam bidang-bidang kajian alkitab dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilea yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh Yohanes Pembaptis (John the Baptist), dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilatus disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. [8] Namun, masih ada sebilangan kecil cendekiawan yang mempersoalkan kewujudan Yesus dalam sejarah. [9]

Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Jesus adalah Mesias atau Kristus yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas disalibkan. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan pendamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa insani. Kebanyakan orang Kristian mendukung kepercayaan Tritunggal dan mempercayai bahawa Yesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang tidak mempercayai Tritunggal memegang pelbagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Jesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran dari Perawan, Kenaikan ke Syurga, dan Kedatangan Kedua kali pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Jesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.

  1. ^ Brown, Raymond E. (1977). The birth of the Messiah: a commentary on the infancy narratives in Matthew and Luke. Doubleday. m/s. 513. ISBN 978-0-385-05907-7.
  2. ^ Theissen & Merz 1998.
  3. ^ https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Jesus&d=102572&#LIHATSINI
  4. ^ a b nama digunakan dalam terjemahan Alkitab Versi Borneo dan SABDA
  5. ^ Vermes 1981, m/s. 20, 26, 27, 29.
  6. ^ McGrath 2006, m/s. 4–6.
  7. ^ Ehrman, Bart D. (2014). How Jesus became God: The Exaltation of a Jewish Preacher from Galilee. HarperOne. ISBN 978-0-06-177818-6.
  8. ^ Raymond E. Brown, The Death of the Messiah: From Gethsemane to the Grave (New York: Doubleday, Anchor Bible Reference Library 1994), m.s. 964; D. A. Carson, et al., m.s. 50-56; Shaye J.D. Cohen, From the Maccabees to the Mishnah, Westminster Press, 1987, m.s. 78, 93, 105, 108; John Dominic Crossan, The Historical Jesus: The Life of a Mediterranean Jewish Peasant, HarperCollins, 1991, m.s. xi-xiii; Michael Grant, m.s. 34-35, 78, 166, 200; Paula Fredriksen, Jesus of Nazareth, King of the Jews, Alfred A. Knopf, 1999, m.s. 6-7, 105-110, 232-234, 266; John P. Meier, Jilid 1:68, 146, 199, 278, 386, 2:726; E.P. Sanders, m.s. 12-13; Geza Vermes, Jesus the Jew (Philadelphia: Fortress Press 1973), m.s. 37.; Paul L. Maier, In the Fullness of Time, Kregel, 1991, m.s. 1, 99, 121, 171; N. T. Wright, The Meaning of Jesus: Two Visions, HarperCollins, 1998, m.s. 32, 83, 100-102, 222; Ben Witherington III, m.s. 12-20.
  9. ^ Thomas L. Thompson The Messiah Myth: The Near Eastern Roots of Jesus and David (Jonathan Cape, Publisher, 2006); Bruno Bauer; Timothy Freke & Peter Gandy. The Jesus Mysteries: Was the 'Original Jesus' a Pagan God? London: HarperCollins Publishers, 1999, m.s. 133, 158; Michael Martin, The Case Against Christianity (Philadelphia: Temple University Press, 1991), 36-72; John Mackinnon Robertson; G.A. Wells. The Jesus Legend, Chicago: Open Court, 1996, m.s. xii.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search