Johor

Johor
Joho
Johor Darul Ta'zim
‏جوهر دار التعظيم‎‎
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiجوهر
 • Tulisan Cina柔佛
 • Tulisan Tamilஜொகூர்
Cogan kata: "Kepada Allah Berserah"
Lagu: "Lagu Bangsa Johor"
   Johor dalam    Malaysia
Koordinat: 1°59′27″N 103°28′58″E / 1.99083°N 103.48278°E / 1.99083; 103.48278Koordinat: 1°59′27″N 103°28′58″E / 1.99083°N 103.48278°E / 1.99083; 103.48278
Ibu negeri
dan kota terbesar
Johor Bahru[a][1]
Bandar dirajaMuar
Pentadbiran
 • JenisParlimen & Raja berperlembagaan
 • SultanSultan Wafiy
 • Menteri BesarAdam Yussof aka ucop
(BN-UMNO)
Keluasan
 • Jumlah19,166 km2 (7,400 batu persegi)
Aras tertinggi1,276 m (4,186 ft)
Penduduk
 (2023)[2]
 • Jumlah4,100,900 (ke−2)
 • Kepadatan209.2/km2 (542/batu persegi)
 • Kumpulan etnik
 • Demonim
Johor
Bahasa
 • RasmiBahasa Melayu
 • PertuturanBahasa Melayu Johor Mandarin • Tamil
Bahasa etnik minoriti lainnya
Penubuhan
 • Kesultanan Johor-Riau1528
 • Perjanjian Inggeris-Johor (Anglo–Johor Treaty)1885
 • Undang-undang Tubuh Negeri Johor14 April 1895
 • Negeri naungan British1914
 • Pendudukan Jepun31 Januari 1942
 • Masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu31 Januari 1948
Zon waktuUTC+8 (WPM[3])
Poskod
79xxx[4] hingga 86xxx,[5] 73400
Kod panggilan07[b]
06 (Muar dan Tangkak)[6]
Kod ISO 3166MY-01, 21–24[7]
Pendaftaran kenderaanJ[8]
HDI (2019)0.825 (sangat tinggi) (ke-6)[9]
GDP (2016)RM116,682 juta[2]
TFR (2017)2.1[2]
Laman sesawangTapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
↑[a] Kota Iskandar, Iskandar Puteri adalah pusat pentadbiran negeri dan kerusi kerajaan negeri Johor (cawangan eksekutif & cawangan legislatif). Akan tetapi, Johor Bahru tetap menjadi ibu bandar rasmi Negeri Johor.
↑[b]  Kecuali Bandar Muar dan Daerah Tangkak.

Johor (Jawi: جوهر) atau juga dikenali rasminya sebagai Johor Darul Ta'zim (Jawi: جوهر دار التعظيم‎),[a] merupakan sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia terletak di selatan Semenanjung Melayu hujung tanah besar Asia. Johor bersempadan darat dengan negeri-negeri Pahang di utara serta Melaka dan Negeri Sembilan di barat lautnya. Johor juga berkongsi sempadan maritim dengan Singapura di selatan dipisahkan Selat Tebrau dan Indonesia di barat dipisahkan Selat Melaka. Pusat kegiatan ekonomi utama dan ibu kota negeri ini adalah Johor Bahru yang terletak di pesisiran selatan, Kota Iskandar ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baharu, dan Muar berfungsi sebagai bandar diraja yang diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ibu negeri lama ialah Johor Lama sepanjang dinasti kesultanan Johor klasik. Menurut bancian setakat tahun 2023, jumlah penduduk negeri Johor ialah 4,100,900 orang. Johor ialah negeri kedua yang terbesar dengan jumlah penduduknya.

Johor mempunyai kepelbagaian hutan hujan tropika serta beriklim khatulistiwa. Rupa bentuk muka bumi fizikal Johor secara amnya adalah rata, dan kawasan tanah tinggi negeri ini terdiri daripada gugusan-gugusan inselberg dan massif oleh kerana lokasinya yang terletak di kaki bukit selatan Banjaran Tanah Sari yang meliputi dari selatan Myanmar dan Thailand, dengan Gunung Ledang sebagai titik tertinggi di negeri tersebut.

Negeri ini mempunyai hubungan awal dengan kerajaan Funan berdasarkan pertukaran hadiah. Selepas jatuhnya kerajaan Funan, kebanyakan kawasan pantai Melayu jatuh di bawah kekuasaan Siam dan seterusnya Majapahit. Beberapa dekad kemudian, dengan kemunculan Kesultanan Melaka, Islam tersebar ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Selepas kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Empayar Portugis, saki baki kerabat diraja Melaka berangkat ke sebatang sungai di Semenanjung Tanah Melayu yang diketahui oleh penduduk tempatan sebagai Sungai Johor dan mendirikan kesultanan baru, yang menjadi Kesultanan Johor. Percubaan mereka untuk menawan semula Melaka mengakibatkan perang tiga segi antara Johor, Portugis, dan Aceh, satu lagi kesultanan yang semakin menonjol di utara Sumatera. Dengan kehadiran Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Johor mengakhiri pemerintahan Portugis dan memulihkan pemerintahannya sendiri, walaupun Melaka terus dipegang oleh kuasa asing. Melalui konflik dalaman kesultanan Johor dan kehadiran Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) di Semenanjung Tanah Melayu utara, perdagangan Belanda berubah daripada terlibat dalam konflik tempatan kepada segera menakluk sebahagian besar Sumatera dan menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda pada tahun 1824 dengan Inggeris untuk mencegah konflik berlanjutan buat kali kedua.

Di bawah perjanjian ini, Kepulauan Melayu dibahagikan di bawah dua bidang kuasa; Inggeris memperoleh keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu manakala Belanda menyerahkan Melaka sebagai pertukaran untuk British dan mengambil keseluruhan Sumatera dan wilayah lain seperti Jawa yang terletak jauh di selatan. Di bawah pemerintahan British, keutamaan diberikan kepada pendidikan dan pembangunan serta pentadbiran diraja Johor sendiri telah diperbaharui di bawah monarki gaya Inggeris. Pendudukan tiga tahun oleh Jepun dalam Perang Dunia II menghalang permodenan. Selepas perang, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union sementara sebelum diletakkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat-syarat tertentu dan memperoleh kemerdekaan sepenuhnya melalui persekutuan, dan seterusnya Malaysia pada 16 September 1963.

Johor mempunyai kepelbagaian pada sudut etnik, budaya dan bahasa. Negeri ini terkenal dengan tarian tradisional zapin. Ketua negeri ialah Sultan Johor, manakala ketua kerajaan ialah Menteri Besar. Sistem kerajaan negeri Johor mengambil contoh daripada sistem parlimen Britain, dengan pentadbiran negeri dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran. Sekaligus, Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu ketika itu. Johor juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak menggunakan destar sebagai alat pemakaian raja. Sebaliknya sultan menggunakan mahkota, songkok atau topi sebagai alat pemakaiannya. Islam merupakan agama rasmi sepertimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas. Bahasa Melayu Johor-Riau telah diterima sebagai bahasa rasmi negeri sejak 1914.

Ekonomi Johor adalah berasaskan perkhidmatan dan perkilangan.

  1. ^ "MAIN INDICATOR IN M.B. JOHOR BAHRU". Departemen Statistik Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2022.
  2. ^ a b c d "Johor @ a Glance". Departemen Statistik. Dicapai pada 13 January 2018.
  3. ^ Helmer Aslaksen (28 Jun 2012). "Time Zones in Malaysia" [Zon-zon Waktu di Malaysia]. Departemen Matematik, Fakulti Sains, Universiti Nasional Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2016. Dicapai pada 8 Julai 2018.
  4. ^ "Postal codes in Johor". cybo.com. Dicapai pada 8 July 2018.
  5. ^ "Postal codes in Kluang". cybo.com. Dicapai pada 8 July 2018.
  6. ^ "Area codes in Johor". cybo.com. Dicapai pada 8 July 2018.
  7. ^ "State Code" [Kod Negeri]. = Jabatan Pendaftaran Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2017. Dicapai pada 8 Julai 2018.
  8. ^ Teh, Wei Soon (23 Mac 2015). "Some Little Known Facts On Malaysian Vehicle Registration Plates". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2015. Dicapai pada 8 Julai 2018.CS1 maint: unfit URL (link)
  9. ^ "Subnational Human Development Index (2.1) [Johor – Malaysia]". Global Data Lab of Institute for Management Research, Universiti Radboud Nijmegen. Dicapai pada 12 November 2018.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search