Jongkong

Lakaran garis dari Anambas, kepulauan Riau. Beri perhatian kepada papan tambahan di sisi badan.

Jongkong ialah jenis kanu dugout (iaitu sejenis kanu yang dibuat dengan membuat rongga di batang pokok) dari kepulauan Melayu. Jongkong ialah perahu paling sederhana dari daerah Riau-Lingga, dapat ditemukan secara luas walaupun dalam jumlah kecil di seluruh wilayah itu. Nota pertama mengenai jongkong berasal dari Sejarah Melayu (yang tidak dikarang lebih awal daripada abad ke-17), yang digunakan oleh empayar Majapahit selama serangan Majapahit pertama di Singapura (1350)[1] dan pada kejatuhan Singapura (1398).[2]

  1. ^ Nugroho (2011). m/s. 271, 399–400, mengutip Sejarah Melayu, 5.4: 47: "Maka betara Majapahitpun menitahkan hulubalangnya berlengkap perahu akan menyerang Singapura itu, seratus buah jung; lain dari itu beberapa melangbing dan kelulus, jongkong, cerucuh, tongkang, tiada terhisabkan lagi banyaknya."
  2. ^ Nugroho (2011). m/s. 271, 399–400, mengutip Sejarah Melayu, 10.4: 77: "... maka bagindapun segera menyuruh berlengkap tiga ratus buah jung, lain dari pada itu kelulus, pelang, jongkong, tiada terbilang lagi."

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search