KB Mall

KB Mall
LokasiKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tarikh pembukaan2005
Bil. penyewa utamaPacific Hypermarket & Departmental Store, Pacific Bowling
Bil. tingkat3

KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu. Ia diuruskan oleh Y. S. Tang Holdings Sdn Bhd. Dengan keluasan 1 juta kaki persegi, ia menjadikan KB mall sebagai pusat beli-belah terbesar di pantai timur semenanjung malaysia sebelum pelancaran AEON Mall di Kota Bharu.

Kompleks ini dibuka pada tahun 2005. Didalam pusat membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu Pacific Hypermarket & Departmental Store. Di tingkat atas, terdapat medan selera dan juga Pacific Bowling.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search