Kancah Operasi Mediterranean

Laman ini berurusan dengan Kancah Operasi Mediterranean Tentera Darat Amerika Syarikat. Lihat Perang Dunia II Kancah Mediterranean dan Timur Tengah untuk butiran lanjut kempen lain dalam kancah tersebut.

Kancah Operasi Mediterranean, Tentera Darat Amerika Syarikat (Mediterranean Theater of Operations, United States Army atau MTOUSA), asalnya dipanggil Kancah Operasi Afrika Utara (North African Theater of Operations atau NATOUSA),[1] merupakan istilah Amerika bagi kancah operasi yang meliputi Afrika Utara dan Itali semasa Perang Dunia II. Operasi Amerika di kancah tersebut bermula dengan Angkatan Ekspedisi Bersekutu, yang mendarat di pantai barat laut Afrika pada 8 November 1942, dalam Operasi Torch. Mereka berakhir di Banjaran Alp Itali dalam tempoh 31 bulan kemudian dengan penyerahan kalah Jerman pada bulan Mei 1945.

  1. ^ Ernest F. Fisher, Jr. (1993). United States Army in World War 2, Mediterranean Theater of Operations, Cassino to the Alps: With a Portfolio of Maps. Government Printing Office. m/s. 9.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search