Karbala

Kedudukan Karbala
Kedudukan Karbala

Karbala (Arab: كربلاء, Al-Karbala atau Karbala al-Muqaddasah) adalah sebuah bandar penting di negara Iraq. Ia terletak 100 km ke barat daya Baghdad, di 32.61° U, 44.08° Timur.

Semasa Husain bin Alī masih hidup, tempat ini dipanggil sebagai al-Ghadiriyah, Naynawa dan Shathi'ul-Furaat. Karbala dikaitkan dengan Pertempuran Karbala iaitu antara Husain dan Yazid bin Muawiyah.

Jumlah penduduk pada 2003 adalah 572,300 orang. Ia adalah ibu kota Wilayah Karbala. Orang Islam Syiah meletakkan Karbala sebagai bandar paling suci selepas Mekah, Madinah, Baitulmaqdis dan Najaf.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search