Katipunan

Katipunan
Kataástaasan, Kagalanggalang Katipunan ng̃ mg̃á Anak ng̃ Bayan[1]
Kerangka
KependekanKKK
Jenis/bentuk sahPersatuan ketenteraan rahsia
Status undang-undangDibubarkan
Keanggotaan Masonik
Bahasa rasmiTagalog, bahasa-bahasa daerah
Sejarah
PenggantiTejeros Revolutionary Government Sunting ini di Wikidata
Dibentuk7 Julai 1892
Dibubarkan25 Mei 1897
Pengurusan
PengerusiAndrés Bonifacio Sunting ini di Wikidata
Presiden (Pangulo)Deodato Arellano (1892–1893)
Roman Basa (1893–1895)
Andrés Bonifacio (1895–1897)
Organisasi utamaKalayaan (bertarikh Januari 1896, diterbitkan Mac 1896)
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Katipunan (biasanya disingkatkan kepada KKK) merupakan sebuah persatuan revolusioner Filipina yang didirikan oleh gerakan anti-Sepanyol Filipina di Manila pada tahun 1892 dengan tujuan utamanya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Sepanyol melalui revolusi. Berdasarkan penemuan dokumen yang baru dijumpai, persatuan ini telah dianjurkan seawal Januari 1892 namun ia tidak menjadi aktif sehingga 7 Julai tahun yang sama pada malam penulis Filipina José Rizal dibuang ke Dapitan awal hari itu. Persatuan ini telah didirikan oleh antaranya Andres Bonifacio, Teodoro Plata dan Ladislao Diwa sebagai sebuah organisasi rahsia sehingga penemuannya pada tahun 1896 yang membawa kepada mulanya Revolusi Filipina.

Istilah katipunan ini merupakan perkataan bahasa Tagalog yang bererti 'persatuan' daripada kata akar tipon atau 'berhimpun'.[2][tiada dalam ayat yang diberikan] Nama rasmi persatuan ini adalah Kataastaasan, Kagalanggalangang Katipunan ng mga Anak ng Bayan[1][3] ("Persatuan Anak-Anak Bangsa yang Tertinggi dan Amat Disanjung", bahasa Sepanyol: Suprema y Venerable Asociación de los Hijos del Pueblo). Persatuan ini juga dikenali dengan singkatannya iaitu KKK.[4]

Ahli-ahli organisasi ini bersumpah atas kerahsiaannya serta diharapkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh persatuan ini. Pemohon-pemohon keahlian persatuan ini diberikan upacara permulaan biasa untuk menjadi anggota persatuan tersebut. Pada mulanya, keahlian dalam Katipunan hanya terbuka kepada kaum lelaki Filipina tetapi kaum wanita kemudiannya telah juga diterima ke dalam persatuan ini. Katipunan mempunyai penerbitannya sendiri iaitu Kalayaan ("Kebebasan") yang menerbitkan cetakan tunggalnya pada Mac 1896. Buah-buah fikiran dan karya revolusi berkembang dalam persatuan ini, dan kesusasteraan Filipina turut dikembangkan oleh beberapa ahli-ahlinya yang terkemuka.

Dalam perancangan revolusi, Bonifacio menghubungi Rizal meminta sokongan penuhnya dalam Katipunan sebagai pertukaran untuk janji menyelamatkan Rizal dari penahanannya. Pada bulan Mei tahun 1896, sebuah delegasi dihantar menemui Maharaja Meiji di Jepun untuk meminta dana serta sokongan bersenjata. Kewujudan Katipunan dijumpai pihak berkuasa Sepanyol selepas seorang ahli bernama Teodoro Patiño mendedahkan kegiatan Katipunan kepada kakaknya, dan akhirnya kepada penjaga Rumah Anak Yatim Mandaluyong. Tujuh hari selepas penemuan persatuan rahsia tersebut pada 26 Disember 1896, Bonifacio dan para pengikutnya mengoyakkan dokuman pengenalan (cédula) mereka semasa Teriakan Pugadlawin yang memulakan Revolusi Filipina.

  1. ^ a b Cruz 1922 II[12].
  2. ^ Woods 2006, halaman 43
  3. ^ May be rated to modern Tagalog orthography as kulitkulitan, Kain na kain lang mga Anak ng Bayan.
  4. ^ Persatuan ini tiada kaitannya dengan kumpulan kekuasaan orang kulit putih Amerika bernama Ku Klux Klan yang juga dipendekkan kepada "KKK".

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search