Kebakaran Kompleks Campbell

Kebakaran Kompleks Campbell
Tarikh8 April 1976
TempatBangunan Kompleks Campbell
LokasiJalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°09′25″N 101°41′49″E / 3.156945°N 101.696946°E / 3.156945; 101.696946Koordinat: 3°09′25″N 101°41′49″E / 3.156945°N 101.696946°E / 3.156945; 101.696946
PenyebabLitar pintas
Kematian1[1]

Kebakaran Kompleks Campbell ialah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks Campbell mula dibuka, bangunan ini ialah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas.

  1. ^ "KL's $50 million towering inferno..." (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 9 April 1976. m/s. 1.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search