Kedah
Kedāh | |
---|---|
Kedah Darul Aman قدح دار الأمان | |
Transkripsi Lain | |
• Tulisan Jawi | قدح |
• Tulisan Cina | 吉打 (Jí dǎ) |
• Tulisan Tamil | கெடா (Keṭā) கடாரம் (Kaṭāram) |
• Tulisan Thai | เกอดะห์ (Ke xdah̄̒) ซิบูรี (Si būrī) |
Nama panggilan: Negeri Jelapang Padi | |
Cogan kata: "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua" | |
Lagu: Allah Selamatkan Sultan Mahkota (الله سلامتکن سلطان مهكوتا) | |
![]() | |
Koordinat: 6°07′42″N 100°21′46″E / 6.12833°N 100.36278°EKoordinat: 6°07′42″N 100°21′46″E / 6.12833°N 100.36278°E | |
Negara | ![]() |
Ibu negeri | Alor Setar |
Bandar diraja | Anak Bukit |
Pentadbiran | |
• Jenis | Parlimen Raja berperlembagaan |
• Sultan | Sultan Sallehuddin |
• Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor |
Keluasan | |
• Jumlah | 9,425 km2 (3,639 batu persegi) |
Aras tertinggi | 1,862 m (6,109 ft) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 2,131,427 |
• Kepadatan | 230/km2 (590/batu persegi) |
Indeks Pembangunan Manusia ) | |
• IPM (2019) | 0.808 (sangat tinggi) (ke-8) |
Bahasa | |
• Rasmi | Bahasa Melayu |
• Pertuturan | Melayu Kedah, Reman, Mandarin, Tamil, Thai |
Poskod | 05xxx–09xxx |
Kod panggilan | 04 08 (Kulim dan Langkawi) |
Kod ISO 3166 | MY-02 |
Pendaftaran kenderaan | K (Tanah Besar Kedah) KV (Pulau Langkawi) |
Penjajahan British | 1909 |
Pendudukan Jepun | 1942 |
Persekutuan Tanah Melayu | 1948 |
Merdeka sebagai ahli Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
Laman sesawang | kedah |
Kedah (Sebutan bahasa Melayu: [kəˈdɑh]),[3] atau rasminya dikenali Kedah Darul Aman (Jawi: قدح دار الأمان) ialah salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 dan ia terdiri daripada tanah besar dan pulau-pulau Langkawi. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi, sesuatu yang membuatnya terkenal sebagai "jelapang padi Malaysia", manakala Langkawi adalah sebuah kepulauan yang kebanyakannya adalah pulau-pulau yang tidak berpenghuni. Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya. Pada 2023, jumlah penduduk Negeri Kedah adalah 2.19 juta orang.
Kedah sebelum ini dikenali sebagai Kadaram (Tamil: கடாரம்; Kaṭāram) oleh orang Tamil purba dan zaman pertengahan, Kataha atau Kalahbar (Bahasa Arab: قتح; qataḥa atau Arab: قلحبر; qalaḥbar) oleh orang Arab, dan Syburi (Thailand: ไรรร; Buri) oleh orang Siam ketika berada di bawah pengaruh mereka.[4][5]
Bukti arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan animisme memerintah Kedah purba seawal 788 SM. Penemuan jeti, tapak peleburan besi, dan tugu-tugu tanah liat sejak 110 Masihi menunjukkan laluan perdagangan maritim yang telah ditubuhkan sejak zaman itu. Penemuan Tamadun Awal Sungai Batu di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara.
Ibu negerinya ialah Alor Setar dan kota diraja adalah di Anak Bukit. Pekan utama lain termasuk Sungai Petani (kawasan bandar terbesarnya mengikut populasi), dan Kulim di tanah besar, dan Kuah di Langkawi.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search