Keluarga

Sebuah keluarga asas
Sebuah keluarga luas

Keluarga (Jawi: کلوارݢ) ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan.[1]

Ia merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan anak; orang tua tersebut ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal - sama ada kerana kematian pasangan (duda atau janda) mahupun perceraian dengan pasangan tersebut.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search