Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka
کسلطانن ملايو ملاک
1400–1528
Bendera Kesultanan Melayu Melaka
Sebuah panji yang digunakan untuk menanda bandar Melaka di peta Planisfera Cantino [nb 1]
Peluasan wilayah oleh abad ke-15
Peluasan wilayah oleh abad ke-15
Ibu negaraMelaka
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Klasik
Agama
Islam, Ahli Sunah Waljamaah
DemonimMalaccan
KerajaanRaja mutlak
Sultan 
• 1400–1414
Parameswara
• 1414–1424
Megat Iskandar Shah
• 1424–1444
Muhammad Shah
• 1444-1446
Abu Syahid Shah
• 1446-1459
Muzaffar Shah
• 1459-1477
Mansur Shah
• 1477–1488
Alauddin Riayat Shah
• 1488–1511
Mahmud Shah
• 1511–1513 (de facto)
Ahmad Shah
• 1513–1528
Mahmud Shah (Pemerintahan ke-2)
Bendahara  
Sejarah 
• Didirikan
1400
• Penaklukan Melaka (1511)
  • Berpecah kepada pemerintahan Kesultanan Johor & Kesultanan Perak (1529)
  • 1528
    Mata wangEmas dan perak
    Didahului oleh
    Diganti oleh
    Kerajaan Singapura Lama
    Portugis Melaka
    Kesultanan Johor-Riau
    Kesultanan Perak
    Kesultanan Pahang
    Sekarang sebahagian dari Malaysia
     Indonesia
     Singapura
     Thailand

    Kesultanan Melayu Melaka (Jawi: کسلطانن ملايو ملاک) merupakan sebuah kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka. Tesis sejarah konvensional menandakan sekitar tahun 1400 sebagai tahun penubuhan kesultanan Melaka oleh Raja (Temasek)Singapura,bernama Dharmaraja atau dengan gelaran Parameswara cicit Sang Nila Utama yang merupakan pengasas Temasek. Beliau juga dikenali sebagai Iskandar Shah (selepas beliau memeluk Islam) yang berasal dari keturunan Palembang.[1] Namun, tahun penubuhan Melaka telah disemak semula baru-baru ini dan diubah menjadi tahun 1262.[2] Pada kemuncak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15, ibu kotanya berkembang menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal yang paling penting, dengan wilayah kesultanan yang meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan sebahagian besar utara Sumatera, Indonesia zaman moden.[3]

    Sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang pesat, Melaka muncul sebagai pusat pendidikan dan penyebaran Islam, dan memangkin perkembangan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu. Kesultanan Melaka menandakan zaman kegemilangan kesultanan Melayu di Nusantara, di mana Bahasa Melayu Klasik menjadi lingua franca Maritim Asia Tenggara dan tulisan Jawi menjadi medium utama pertukaran budaya, agama dan bangsa, negara intelektual. Melalui perkembangan intelek, rohani dan budaya ini, zaman Melaka telah menyaksikan penubuhan identiti Melayu,[4][5] Malayisasi rantau ini dan seterusnya pembentukan Alam Melayu.[6]

    Pada tahun 1521, ibu kota Melaka jatuh ke tangan Empayar Portugis, memaksa Sultan Melaka terakhir, Mahmud Shah (r. 1488–1511), berundur ke kawasan empayarnya yang lebih jauh dari ibu kota, di mana keturunannya menubuhkan dinasti pemerintahan baharu, Johor dan Perak. Warisan politik dan budaya kesultanan kekal sehingga ke hari ini. Selama berabad-abad lamanya Melaka telah diangkat sebagai contoh tamadun Melayu-Islam. Melaka telah menubuhkan sistem perdagangan, diplomasi, dan tadbir urus yang berterusan sehingga abad ke-19, dan memperkenalkan konsep seperti daulat yang terus membentuk pemahaman kontemporari tentang raja Melayu.[7]


    Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan

    1. ^ Cœdès, George (1968). The Indianized states of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 245–246. ISBN 978-0-8248-0368-1.
    2. ^ Sulalatus Salatin by Raja Bongsu Manuscript 18 of Stamford Raffles
    3. ^ Ahmad Sarji 2011
    4. ^ Barnard 2004, halaman 7
    5. ^ Andaya & Andaya 1984, halaman 55
    6. ^ Mohamed Anwar 2011
    7. ^ Ahmad Sarji 2011

    © MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search