Kesultanan Sambas

Kesultanan Sambas
Kesultanan Melayu Sambas
1675–1956
Ibu negaraKota Sambas
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu
Agama
Sunni Islam
KerajaanKesultanan
Sejarah 
• Didirikan
1675
• Dibubarkan
1956
Sekarang sebahagian dari Indonesia

Kesultanan Sambas adalah suatu kerajaan lama yang dahulu terletak di Kabupaten Sambas, iaitu di Kalimantan Barat pada masa sekarang ini, dengan pusat kerajaan di Kota Sambas. Sebuah kerajaan bernama Sambas telah disebutkan sekurang-kurangnya sebelum abad ke-14 Masihi, sebagaimana dinyatakan di dalam kitab Nagarakretagama karya Prapanca.

Pada awal abad ke-16 Masihi, segolongan bangsawan Majapahit datang dan mendirikan sebuah Panembahan (kerajaan Hindu) yang kemudian disebut dengan nama "Panembahan Sambas". Tahun 1609, iaitu dalam masa pemerintahan Ratu Sapudak,[1] untuk pertama kalinya diadakan kerjasama perdagangan antara Panembahan Sambas dengan Syarikat Hindia Timur Belanda. Keturunan Sapundak berikutnya berkahwin dengan golongan bangsawan Sarawak dan Brunei, dan pada tahun 1675 Masihi mendirikan Kesultanan Sambas, dengan sultan yang pertama Sultan Muhammad Shafiuddin I.

Jepun menduduki kesultanan pada tahun 1942, dan Sultan Muhammad Ibrahim Shafiuddin II dibunuh di Mandor pada tahun 1944. Kesultanan kemudian ditangguhkan dan kuasa politiknya digantikan oleh sebuah dewan Jepun, tetapi Belanda memulihkannya kembali setibanya mereka pada tahun 1946. Sultan yang terakhir meninggal pada tahun 1956, dan Majlis Kesultanan Sambas kemudian memutuskan untuk bergabung dengan negara Republik Indonesia.

  1. ^ Di Panembahan Sambas, Ratu merupakan tajuk untuk seorang raja.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search