Kesyogunan Tokugawa

Kesyogunan Tokugawa
江戸幕府
Edo Bakufu
1603–1868
Jata Kesyogunan Tokugawa Kesyogunan Tokugawa
Ibu negaraKyoto,Edo
Bahasa yang umum digunakan Jepun
Agama
Buddha, Syinto
KerajaanMonarki, Feudal, Ketenteraan, diktator
Maharaja 
• 1586-1611
Go-Yōzei
• 1867-1912
Meiji
Syogun 
• 1603-1605
Tokugawa Ieyasu
• 1867-1868
Tokugawa Yoshinobu
Badan perundanganRōjū
Sejarah 
• Didirikan
1603
21 Oktober, 1600
• Tokugawa Ieyasu menjadi syogun
24 Mac, 1603
22 Januari, 1615
1635
29 Julai, 1858
29 Mac 1868
Didahului oleh
Diganti oleh
Zaman Azuchi-Momoyama
Fail:Lambang keluarga Puak Tokugawa.svg Tokugawa clan
Empayar Jepun
Republik Ezo
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "official language"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Lambang keluarga (kamon) puak Tokugawa

Kesyogunan Tokugawa (徳川幕府, Tokugawa bakufu, 16031868) atau Kesyogunan Edo (Edo bakufu) ialah pemerintahan diktator ketenteraan feudalisme di Jepun yang didirikan oleh Tokugawa Ieyasu dan secara turun-temurun dipimpin oleh syogun keluarga Tokugawa. Dalam sejarah Jepun, masa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa disebut zaman Edo kerana ibu kota terletak di Edo yang sekarang dipanggil Tokyo. Kesyogunan Tokugawa memerintah dari Istana Edo hingga Restorasi Meiji.

Kesyogunan Tokugawa ialah pemerintahan diktator ketenteraan ketiga dan terakhir di Jepun setelah Kesyogunan Kamakura dan Kesyogunan Muromachi. Kesyogunan Tokugawa bermula pada tanggal 24 Mac 1603 dengan pengangkatan Tokugawa Ieyasu sebagai Sei-i Taisyōgun dan berakhir ketika Tokugawa Yosyinobu mengembalikan kekuasaan kepada tangan maharaja (Taisei Hōkan) pada 9 November 1867.

Pemerintahan kesyogunan Tokugawa selama 264 tahun dipanggil sebagai zaman Edo atau zaman Tokugawa. Zaman terakhir Kesyogunan Tokugawa yang diwarnai dengan maraknya oleh gerakan untuk menggulingkan kesyogunan Tokugawa dikenali dengan panggilan Bakumatsu.

Oda Nobunaga dan penerusnya Toyotomi Hideyosyi merupakan pemimpin Jepun di zaman Azuchi Momoyama yang berjaya mendirikan pemerintah pusat setelah berjaya mempersatukan provinsi-provinsi di zaman Sengoku. Setelah Pertempuran Sekigahara di tahun 1600, kekuasaan pemerintah pusat direbut oleh Tokugawa Ieyasu yang menyelesaikan proses pengambilalihan kekuasaan dan mendapat gelaran Sei-i Taisiōgun di tahun 1603. Tokugawa Ieyasu sebenarnya tidak memenuhi syarat sebagai syogun kerana bukan keturunan puak Minamoto. Agar syarat utama menjadi syogun terpenuhi, Ieyasu memalsukan garis keturunannya menjadi keturunan puak Minamoto agar boleh diangkat menjadi syogun. Keturunan Ieyasu secara turun-temurun menjadi syogun dan ketua pemerintahan sampai terjadinya Pemulihan Meiji.

Semasa Kesyogunan Tokugawa, rakyat Jepun dibahagikan menurut sistem kelas berdasarkan pembahagian kelas yang diciptakan Toyotomi Hideyosyi. Kelas samurai berada di hierarki paling atas, diikuti petani, penukang dan pedagang. Pemberontakan sering berlaku akibat pembahagian sistem kelas yang tetap dan tidak membolehkan orang untuk berpindah kelas. Cukai yang dikenakan terhadap petani selalu berjumlah tetap dengan tidak memperhitungkan inflasi. Samurai yang menguasai tanah harus menanggung akibatnya kerana jumlah cukai yang berjaya dikumpulkan semakin hari nilainya semakin berkurang. Perselisihan soal cukai sering mencetus pertikaian antara petani kaya dan kalangan samurai yang terhormat tapi kurang makmur. Pertikaian sering memicu kerusuhan tempatan sehingga pemberontakan berskala besar yang umumnya dapat segera dipadamkan. Kelompok anti kesyogunan Tokugawa justeru semakin bertambah kuat setelah kesyogunan Tokugawa membuat rancangan untuk bersekutu dengan kekuatan asing.

Setelah kalah dalam Perang Bosyin yang berpuncak pada Pemulihan Meiji, kesyogunan Tokugawa berjaya ditumbangkan persekutuan maharaja dengan sejumlah daimyo yang berpengaruh. Kesyogunan Tokugawa secara rasmi berakhir setelah syogun Tokugawa ke-15 yang bernama Tokugawa Yosyinobu mundur dan kekuasaan dikembalikan kepada tangan maharaja (Taisei Hōkan).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search