Khalid bin al-Walid

خالد بن الولي
Khalid ibni al-Walid
592 - 642 pada umur 50 tahun
Gelaran Pedang Allah
Tempat lahir Makkah, Arab Saudi
Tempat wafat Hims, Syria
Kesetiaan Khulafa al-Rasyidin
Pangkat Ketua Panglima Tentera Islam


Khat "Khalid bin al-Walid RadiyalLahu 'anhu"

Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) (Arab: خالد بن الوليد; Khālid ibn al-Walīd), nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah; beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bahasa Arab: بسيف الله المسلول bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad . Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika tempoh damai berikutan pemeteraian Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu.

  1. ^ a b "Khalid ibn al-Walid." Encyclopædia Britannica [1]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search