Kleptokrasi

Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dikenali sebagai "kleptokrasi" kerana penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Kleptokrasi (drpd akar bahasa Yunani Purba κλέπτης kléptēs, "pencuri", κλέπτω kléptō, "saya mencuri" + -κρατία -kratía daripada κράτος krátos, "kuasa") merujuk kepada sebuah pemerintahan yang dipimpin ahli-ahli yang korup menggunakan kuasa mereka untuk mempergunakan rakyat dan sumber negara mereka agar dapat menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri. Sistem sebegini biasanya melibatkan penggelapan atau pelesapan simpanan negara sehingga menyusahkan rakyat.[1][2]

Contohnya termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.[3] Beliau dipenjarakan pada 2022 kerana terlibat dalam skandal 1MDB.[4]

  1. ^ "kleptocracy". Dictionary.com Unabridged. n.d. Dicapai pada 1 November 2016.
  2. ^ "Kleptocracy". The Oxford English Dictionary. Oxford University Press. Edisi pertama. 1909.
  3. ^ "The Rise of Kleptocracy: Malaysia's Missing Billions". Journal of Democracy (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Rayuan gagal, Najib ke penjara hari ini". Berita Harian. 2022-08-23.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search