Komtar

Kompleks Tun Abdul Razak
光大大厦 (Cina)
கொம்டார் கோபுரம் (Tamil)
Menara Komtar pada 2023.
Map
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di Asia Tenggara dari 1 Januari 1985 hingga 10 November 1986[I]
Didahului oleh6 Shenton Way
Diatasi olehOne Raffles Place
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPencakar langit Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaBrutalisme
LokasiJalan Penang, George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat5°24′52″N 100°19′45″E / 5.4145°N 100.3292°E / 5.4145; 100.3292Koordinat: 5°24′52″N 100°19′45″E / 5.4145°N 100.3292°E / 5.4145; 100.3292
Pecah tanah1 Januari 1974 (1974-01-01)
Pembinaan bermula
  • Fasa 1: 1 Januari 1974
  • Fasa 2: Januari 1983
  • Fasa 3: Oktober 2007
  • Fasa 4: Oktober 1996
  • Fasa 5: 2017
Upacara atas bumbung1 Januari 1985
Disiapkan pada
  • Fasa 1: Oktober 1976
  • Fasa 2: November 1985
  • Fasa 3: Jun 2010
  • Fasa 4: November 2000
  • Fasa 5: 2019
Pembukaan
  • Fasa 1: 2 Disember 1976
  • Fasa 2: 2 April 1986
  • Fasa 3: 25 November 2010
  • Fasa 4: Januari 2001
  • Fasa 5: 9 November 2019
Dirasmikan pada1 Januari 1977 (1977-01-01)
PembiayaanRM 279.5 juta[a]
Pemilik
Maklumat lain
Maklumat ketinggian
Bumbung248.9 meter (817 ka)[c]
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
  • Menara: 68 tingkat[b]
  • Fasa 2A: 17 tingkat
  • Fasa 3: 6 tingkat
  • Fasa 4: 10 tingkat
Keluasan tingkat4,819,000 kaki persegi (447,700 m2)
Lif/mesin pengangkatMenara: 26
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekLim Chong Keat
Buckminster Fuller
Pasukan Arkitek 3
PemajuPerbadanan Kemajuan Pulau Pinang
Jurutera penstrukturanOve Arup & Partners
Rujukan
I.  [1][2][3][4]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kompleks Tun Abdul Razak (singkatan Komtar), juga dikenali sebagai Kompleks Angkasa Perdana, ialah sebuah kompleks sivik di George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760 ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia dan di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman luar bandar dan pusat pengangkutan bas dan keretapi. Kompleks ini mengandungi pejabat yang berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000 m2) dan ruang komersial di atas blok bandar seluas 27-ekar (11 he). Komtar kini merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang.[5]

Kompleks utama dibina selama 12 tahun, dari tahun 1974 hingga tahun 1986 dengan kos pembangunan sebanyak RM279.5 juta (bersamaan RM642.5 juta pada 2023). Sebelum itu, rancangan untuk membina sebuah kompleks sivik dan komersial di pusat bandar George Town sudah mula dicadangkan oleh kerajaan Pulau Pinang pada tahun 1962. Projek ini telah diluluskan pada tahun 1969 oleh ketua menteri Lim Chong Eu. Projek ini diluaskan pada tahun 1971 dan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 1972.[6] Kompleks bersifat brutalis ini direka oleh arkitek Lim Chong Keat, dan dipisah kepada lima fasa pembangunan, walaupun hanya dua fasa disiap dalam bentuk asalnya. Tiga fasa lain kemudiannya dibina dalam tempoh berasingan antara tahun 1996 hingga tahun 2019. Pengubahsuaian kompleks utama pada tahun 2015 bertambah ketinggian Menara Komtar kepada 249 meter (817 ka).[7]

Sambutan pembinaan Komtar bercampur-campur. Kompleks itu dilihat mendahululi zamannya dan disifatkan sebagan sebuah "bandar dalam bandar", dan merupakan projek pembaharuan semula bandar yang terbesar dalam sejarah pembangunan Malaysia.[8] Walau bagaimanapun, Komtar akhirnya gagal mencapai matlamatnya.[9] Ia juga menjadi sebuah projek kontroversial kerana proses pembangunan Komtar telah melibatkan pemindahan besar-besaran penduduk bandar dan telah menyebabkan pecerobohan sebahagian besar pekan lama bandar George Town. Oleh itu, Komtar membawa kepada kebangkitan pembangkang yang secara tidak langsung mencipta gerakan pemeliharaan warisan di Pulau Pinang.[10] Pada tahun-tahun kemudiannya, Komtar dicabar oleh masalah pemeliharaan dan infrastruktur yang usang akibat penyelenggaraan yang tidak mencukupi.[11] Tetapi, Komtar masih melambangkan kemakmuran Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan dan merupakan salah satu mercu tanda George Town yang paling diiktiraf.[12] Ia juga dipuji sebagai "antara simbol negara hebat yang terakhir pada tahun 1970-an".[13]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Komtar di Emporis
  2. ^ Komtar di Pangkalan Data Pencakar Langit CTBUH
  3. ^ "Komtar". SkyscraperPage.
  4. ^ Komtar di Structurae
  5. ^ Choo 2021.
  6. ^ Devi & Filmer 2008.
  7. ^ Nambiar 2017.
  8. ^ Penang Monthly 2016.
  9. ^ Jenkins 2008, m/s. 119 – 121.
  10. ^ Teh & Yoh 2016, m/s. 22.
  11. ^ Tan 2008a, m/s. 18.
  12. ^ Speechly 2016.
  13. ^ Naidu 2012, m/s. 767.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search