Konsonan gigi-gusi

Dalam linguistik, konsonan gigi-gusi ataupun konsonan denti-alveolar ialah konsonan yang diartikulasikan dengan lidah rata terhadap batas alveolar dan gigi atas, seperti /t/ dan /d/ dalam bahasa seperti bahasa Perancis, Itali dan Sepanyol. Iaitu, konsonan gigi-gusi adalah (pra)alveolar dan laminal dan bukannya hanya bersifat gigi.

Walaupun konsonan gigi-gusi sering dilabelkan sebagai "konsonan gigi" kerana hanya sentuhan hadapan lidah dengan gigi yang kelihatan, titik sentuhan lidah yang paling jauh ke belakang adalah yang paling relevan, kerana ia mentakrifkan ruang akustik maksimum resonans dan memberikan bunyi berciri kepada konsonan.[1][halaman diperlukan]

Dalam bahasa Perancis, sentuhan yang paling jauh ke belakang ialah pada gusi atau kadangkala pada kawasan sedikit belakng gusi atau praalveolar. Dalam bahasa Sepanyol, /t/ dan /d/ bersifat gigi-gusi laminal,[2] dan /l/ dan /n/ bersifat alveolar tetapi berasimilasi kepada /t/ atau /d/ yang di hadapannya. Begitu juga dalam bahasa Itali di mana /t/, /d/, /t͡s/, /d͡z/ bersifat denti-alveolar, dan /l/ dan /n/ bersifat alveolar.

Konsonan klik gigi juga bersifat gigi-gusi laminal.[3]

  1. ^ Ladefoged P. & Maddieson I. (1996). The sounds of the world's languages. Blackwell.
  2. ^ Martínez-Celdrán, Fernández-Planas & Carrera-Sabaté (2003:257)
  3. ^ Rogers & d'Arcangeli (2004:117)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search