Kopi

Kopi
Secawan kopi
JenisMinuman panas atau sejuk
PengeluarVariasi
Negara asalHabsyah, Yaman
DiperkenalkanKira-kira 800 M
WarnaPerang

Kopi (Jawi: كوڤي), kahwa atau kawa (Jawi: قهوة‎) adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Kopi mempunyai kesan perangsang kepada sesiapa yang meminum kerana mengandungi kafeina. Pada hari ini, kopi menjadi salah satu minuman yang paling disukai itu di seluruh dunia.[1]

Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah.[2] Penemuan ini menyebabkan minuman kopi merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi[3] dan pada abad ke-15, minuman ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah hingga akhirnya pergi sejauh benua Amerika.[4]

  1. ^ Villanueva, Cristina M. (2006). "Total and specific fluid consumption as determinants of bladder cancer risk". International Journal of Cancer. 118 (8): 2040–2047. doi:10.1002/ijc.21587. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Mekete Belachew, "Coffee," in von Uhlig, Siegbert, ed., Encyclopaedia Aethiopica (Weissbaden: Horrowitz, 2003), p.763.
  3. ^ Weinberg, Bennett Alan; Bealer, Bonnie K. (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. m/s. 3-4. ISBN 978-0-415-92722-2. Dicapai pada 18 November 2015.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Meyers

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search